Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Saturday, 10 October 2009

KERANA MULUT BADAN BINASA


Cerita ni bukanlah cerita baru.Aku pun bukannya nak sensasikan cerita ni. Cuma nak kawan-kawan aku semua ambil pengajaran dalam cerita yang MACAM kelakar ni.

Perkara ini berlaku dua hari lepas. Ada seorang hamba Allah ni, dia ni memang antara makhluk yang popular sebagai orang kuat UMNO di Mesir. Nama dia pun memang selalu jadi buah mulut masyarakat Azhari Malaysia di Mesir. Mulut dia ni memang 'mulut longkang'. Malah dalam entri-enti di blog 'mamat' ni selalu kutuk orang lain.

Nak dijadikan cerita, 'mamat' ni ada masuk ke rumah akhawat. Wallahu A'lam tak tahu apa yang 'mamat' ni buat. Maka, datanglah seorang senior kepada 'mamat' ni untuk bertanya apa yang dibuat kat akhawat tu. Maka 'mamat' ni mungkin marah pada senior tersebut dan terkeluarlah ayat-ayat yang tak sepatutnya. Kan dah tak pasal-pasal kena penangan senior. Tak pasal-pasal kena penumbuk.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini. Bila dah belajar tinggi-tinggi ni, bahasa pun kenalah jaga. Lagi pulak 'awak' ni sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat Islam dan bukan Islam umumnya di Malaysia nanti. HAMBIK KAU, KERANA PULUT SANTAN BINASA! KERANA MULUT BADAN BINASA..! Tu baru sikit je. Silap haribulan, teruk lagi kau kena nanti. Lainlah kalau terpaksa gunakan bahasa yang tegas untuk sampaikan dakwah Islam. Nabi SAW pernah bersabda : "katakanlah yang hak, walaupun ianya pahit". Ini tidak, nak kata kau nak sampaikan Islam tu macam mustahil je. Tegas suara 'kau' ni sekadar nak mempertahankan yang bathil je. Tunggu la BINASA kat akhirat yang lebih dahsyat nanti.

Bertaubatlah sedare.. Moga-moga cerita pasal kau ni pun mengingatkan aku yang menulis ni.

Sunday, 30 August 2009

Nikmatnya Ramadhan Bila Bertambahnya Iman

Ramadhan Madrasah Tarbiyyah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah tiba ke pengakhir awal Ramadhan, Ar-Rahmah. Awal yang penuh kasih sayang. Keindahannya terasa dalam jiwa yang selama ini meronta-ronta. Fasa kedua Ramadhan pastinya kita juga mahu berebut-rebut bersama dengan golongan yang ingin menyucikan diri memohon keampunan Illahi atas segala noda yang telah dilakukan.

Ramadhan sememangnya mendidik jiwa dalam melakukan amal sehinggakan kadangkala berlaku, orang yang tidak pernah bersolat juga akan bersolat dan tidak mustahil mereka juga akan berpuasa penuh. Cuma bezanya, sejauh mana kita menjiwai amalan yang kita lakukan dan keikhlasan dalam melakukan amal dan ibadat seharian kita.

Apa Yang Kita perlu Tahu, Renung dan Amal Untuk Tingkatkan Iman?

1. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.

2. Setiap muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil dari dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisaa :

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا

Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri.

3. Semestinya setiap muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh dari rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari mememasuki api neraka, sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah : Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekaligus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir :

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ

Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.


Sahabat yang dirahmati Allah SWT, sama-sama kita renungkan dan selamat beramal. Moga Ramadhan kali ini memberikan natijah yang terbaik buat kita berbanding dengan Ramadhan yang lepas.

Perbanyakkan amalan, dan sentiasa berdoa untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, pastikan amalan kali ini memberi peluang pada kita untuk ke syurga Yang Maha Penyayang.

Kita semua punya matlamat yang sama untuk mengejar syurga Allah, cuma kadang terlupa atau dibisik nafsu dan syaitan. Dengan itu, moga-moga selepas ini kita akan terus berhati-hati dalam tingkah laku, perbanyakkan amal dan cuba untuk menjiwai tiap amalan agar kita juga tahu cara untuk menjauhi neraka Jahannam.

Wallahu A'lam.

Tuesday, 18 August 2009

Halal dan Haram

عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما ، قـال : سمعـت رسـول الله صلي الله عـليه وسلم يقول: إن الحلال بين ، وإن الحـرام بين ، وبينهما أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه ، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام ، كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه،ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله ، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ، ألا وهي الـقـلب

رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Diriwayatkan oleh Bukari dan Muslim

p/s : kalau raja mempunyai taman larangan, Allah SWT juga mempunyai kawasan larangan iaitu perkara maksiat dan haram. Kalau raja boleh menghukum orang yang memasuki kawasan larangannya. Allah lebih berhak menghukum orang yang melakukan perkara yang haram dengan hukuman dunia dan juga akhirat.
Yang kedua, sesiapa yang mendekati kawasan larangan Allas SWT dengan melakukan perkara syubhat, maka dia diragui akan terjatuh ke dalam perkara haram. Maka berhati-hatilah dalam melakukan segala perbuatan. Berhati-hati dalam menjaga agama dan maruah kehormatan diri. Jauhilah dari melakukan dosa dan perkara yang membawa kepada buruk sangka serta perkara yang di tegah oleh Allah SWT.


Saturday, 15 August 2009

Tercapaikah Hasrat Hati..?

hari demi hari..
saat demi saat..
detik demi detik..
lama sudah kumenanti kehadiranmu...

dulu..
saat aku begitu merasakan nikmat bersamamu..
bagaikan hidup ini terlalu indah,
bagaikan syurga itu sudah menjadi milikku..

tapi..
begitu pantas kau pergi meninggalkan aku..
walau belum ku rasai sepenuhnya nikmat itu..
terpinga-pinga aku meneruskan perjalanan ini..
aku takut terjumpa titik noktah yg akan berakhir dgn noda..
kuimpikan detik akhir hidupku dalam alam perjuangan..

kini..
kau kembali menyinari..
untukku jelajahi rimba duniawi..
dalam fitrah insani..

walau kadang kualpa dan leka..
namun kutetap merinduimu Ramadhan..
moga kita kan kembali bersama..
sinarmu menerangi cahaya hati.. tercapaikah hasrat hati...?

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?