Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Monday, 24 December 2007

IMTIHAN!!

Tak sangka imtihan hanya tinggal 12 hari saja lagi. Banyak lagi yang belum habis dibaca. Gangguan-gangguan sebelum imtihan sudah berkali-kali datang. Ya Allah permudahkahlah urusan hambaMu ini.

Buat sahabat-sahabat yang lain, jangan lupa usaha sungguh-sungguh. Rajin-rajin baca kitab dan hafal yang mana patut dihafal. Buktikan bahawa kita pejuang-pejuang agama yang mampu menyelesaikan segala masalah. Tiada makna kejayaan kita tanpa usaha. Gunakan masa yang masih berbaki sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan sebaik-baiknya.

Kegagalan masa lalu sebagai penyuntik semangat untuk kita meneruskan kejayaan demi menyuluh masa depan kita dan agama yang kita cintai. Kalau bangun tahajud waktu malam doakan juga buat semua sahabat seperjuangan.

Ingat..antara doa yang termakbul adalah doa dari seseorang buat seseorang yang lain tanpa diketahui oleh orang yang didoakan itu. Jangan lupa selalu hubungi orang tersayang. Oppss, bukan awek. Hubungi ibu ayah tercinta. Jaga hubungan kita dengan rakan-rakan. Jangan sampai ada yang berkecil hati dengan kita. Doa, doa dan sentiasa berdoa okay.. ^_^


Untuk pengetahuan kawan-kawan, imtihan saya akan bermula pada 6 Januari 2008 dan berakhir pada 20 Januari 2008.

6/1 : Tafsir Ayat Ahkam
13/1 : Qadhaya Fiqhiyah Mu'asarah
16/1 : Tauhid
20/1 : Lughah Arabiyyah

Monday, 17 December 2007

pakaian muslimah
terkini di pasaran


MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK PADA GAMBAR

Wednesday, 12 December 2007

Ohh, Bestnye Zulhijjah..


Asalamualaikum WBT. Buat semua kawan2 yang disayangi dan diingati. Marilah kita gandakan amalan kita sempena masuknya bulan Zulhijjah ini. 10 hari pertama bulan zulhijjah ini adalah hari yg diagungkan oleh Allah. Allah AWT telah bersumpah dengannya di awal surah Al-Fajr.

Satu peluang bagi sesiapa yang tidak sempat merebut khazanah harta akhirat yang tercurah pada bulan Ramadhan. Amalan yg dilakukan pada 10 hari ini akan digandakan oleh Allah SWT. Sabda nabi bermaksud: Tak ada 1 hari pun (dilakukan amalan soleh dalam hari tersebut) yg paling disukai oleh Allah drpd hari-hari ini (10 malam pertama Zulhijjah).

Bila masuk je Zulhijjah, kita selalu ingat Raya Haji ataupun dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Aidil Adha. Begitu juga dengan ibadah Haji ke Mekah. Kawan2, cuba kita sama-sama hayati fadilat berpuasa pada 9 hari pertama bulan Zulhijjah ini.

Ini antara bukti amalan ini dilakukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ianya termasuk antara empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW: 1. Puasa hari Asyura, 2. Puasa 1-8 zulhijjah, 3. hari tiap bulan dan 4. dua rakaat sebelum fajar. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Nasai).

Menurut hadis Rasulullah SAW, "Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadis daripada Abi Qatadah r.a.
juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

Jom sama-sama kita hidupkan bulan-bulan Islam disamping kita dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT.

Saturday, 1 December 2007

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram


Oleh : Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali


Perhimpunan-perhimpunan menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidak puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.

Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkan masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukan mengugut.

Peristiwa 1946 dibahas di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan baru-baru ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yang tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita bahawa demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangan pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syarat tiada provokasi SB yang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa

Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menjadi-jadi dikala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..

Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa kerana hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalam DUN dan Parlimen, Jenayah yang masuh dalam rumah dan kejiranan kita, harga barang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.



Monday, 12 November 2007

Tahniah Rakyat Malaysia, Azhari Juga Harus Bangkit.

Assalamualaikum WBT,

Jutaan tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang menjayakan perhimpunan BERSIH 10 November 2007 juga sebagai satu langkah menuntut demokrasi tulen di negara ini.

Tahniah kerana anda juga tidak gentar dengan pelbagai ugutan yang diwar-warkan sebelum ini. Anda juga telah membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran berjuang dalam membawa perubahan dalam negaranya.

Ingatlah wahai Azhari dan Azhariyat, anda juga harus bangkit menentang segala kezaliman terhadap kita semua mahasiswa di Mesir ini. Anda juga harus ingat bahawa Al-Azhar adalah medan perjuangan sebenar untuk Islam.

Satu ketika dulu, Azhari dan Azhariyat pernah membuat demonstrasi jalanan ketika mana mereka berjuang menentang penjajah Perancis semasa gelombang Barat cuba menguasai pemikiran masyarakat Mesir dulu.

Anda bagaimana?! kepulangan anda ke Malaysia nanti bukanlah semata-mata dengan sijil yang anda bangga-banggakan. Seharusnya Azhari dan Azhariyatlah yang membuka mata masyarakat mengenai kebenaran Islam hendaknya. Bukan hanya membisu dan mengangguk melihat kemungkaran di depan mata.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (at-Tirmidzi)

Allah punya kuasa, makhluk tiada kuasa. Jangan takut! jangan gentar! yakinlah Allah akan bantu orang yang berjuang menuntut kebenaran demi agamaNya Islam. Ayuh sama-sama kita sambung rantai perjuangan baginda Rasulullah SAW.

Thursday, 8 November 2007



Assalamualaikum WBT,

Ayuh kita semua sama-sama menyokong BERSIH! Pemuda harapan agama dan negara..!! Anda bakal pemimpin negara..penentu nasib generasi zuriat anda akan datang..!

Moga Allah permudahkan urusan saudara-saudari semua..moga-moga dengan usaha ini, Allah akan berikan kejayaan kepada pemimpin yang berhak memimpin tanahair kita..

Bangkitlah generasi muda bersama berjuang membela nasib agama dan tanahair kita...!!

Sunday, 4 November 2007

Info Kesihatan Anda


Assalamualaikum WBT,


Moga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya di bawah naungan kasih sayang Allah SWT.Kali ini ingin saya kongsikan bersama info kesihatan yang sememangnya telah diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai amalan harian.Walaupun ianya bukanlah wajib untuk kita lakukan. Namun kesihatan amatlah bermakna dalam hidup kita supaya kita sentiasa ceria dan gembira lebih-lebih lagi kita akan dapat merasakan ketenangan dalam melakukan ibadat seharian.


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh daripada penyakit (susah nak kena sakit).


2. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminitselepas membaca doa). Ia boleh mengelak darisakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


3. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


4.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidakhadam)


Moga ianya memberi manfaat seharian kepada kita semua.

Sekian, Wassalam.

Thursday, 11 October 2007

Eidul Mubarak


Solat ‘eid disyariatkan pada tahun kedua hijrah, dan Nabi bersolat ‘eid di Mina. Solat Aidilfitri dan Aidil Adha , adalah suatu fardu yang ditegaskan oleh amalan Nabi SAW dan diwajibkan juga ke atas kaum wanita. Rasulullah memerintahkan para gadis dan perempuan dewasa bahkan perempuan yang berhaid pun diperintah menghadiri jemaah solat ‘eid, meskipun ditempatkan berasingan. Tiada perbezaan antara yang tua dan yang muda, yang sudah bersuami atau masih gadis, yang suci atau yang berhaid.

Dari Ummu Athiyah katanya :

“ Adalah kami diperintah oleh Rasulullah untuk membawa keluar semua perempuan-perempuan yang berhaid dan anak-anak gadis ke tempat solat Aidilfitri dan Aidil Adha. Perempuan yang sedang haid mengasingkan diri dari solat, mereka menyaksikan kebajikan dan seruan kaum muslimin” (Hadits sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Umar berkata :

“ Aku utusan Rasulullah kepada kamu, dan beliau telah menyuruh kami membawa keluar pada dua hari raya, semua perempuan, yang sedang haid juga yang gadis. Beliau mencegah kami mengikuti jenazah, dan tak ada Jumaat atas kami” (Hadits riwayat Abu Daud)

Rasulullah melakukan solat ‘eid tanpa azan dan iqamah dan juga tanpa seruan “assolaatu jamiah”. Adapun perkataan “assolaatu jamiah” hanyalah diucapkan untuk memanggil jemaah untuk solat gerhana, bukannya untuk solat ‘eid.

Bersegeralah mandi pada pagi hari ‘eid, berhiaslah dan berwangi-wangianlah. Disunnahkan makan dahulu sebelum pergi solat ‘eidul fitri. Kemudian pergilah ke tempat perhimpunan solat ‘eid. Ketika khatib berkhutbah, hendaklah memperhatikan khutbah itu, memahami kandungannya. Apabila selesai, kembalilah ke rumah melalui jalan yang berlainan.

Hendaknya khatib membanyakkan takbir dicelah-celah khutbah ‘eid. Tiada keterangan yang sahih, bahawa Nabi SAW menduakan khutbah ‘eid. Dan tiada keterangan yang kuat yang menerangkan bahawa Nabi SAW memulai khutbah ‘eid dengan ucapan takbir. Segala khutbah dimulai dengan ucapan Alhamdulillah.

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya.

Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.

Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.

Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Tuesday, 9 October 2007

Ramadhan Al-Mubarak : Berakhirnya Ramadhan..uhh

Assalamualaikum Wbt,

Moga sahabat semua sentiasa berada di
dalam Rahmat dan MaghfirahNya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah
bersabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : Apabila telah tibanya
Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga
dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan. -Hadis
dikeluarka n oleh imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Ting gal hanya beberapa hari sahaja
lagi untuk kita meninggalkan Ramadhan.
Sama-sa ma kita muhasabahkan, sejauh
mana kita memanfaatkan bulan Ramadhan
yang penuh barakah ini.

Adakah sekadar mengikut adat, atau
benar-benar kita melakukan amalan pada
bulan ini bagi menginsafi dan
menghayati amalan itu seterusnya
berist iqamah pada bulan-bulan yang
akan datang.

Ramad han yang awalnya rahmat,
pertengah annya maghfirah, dan
akhirnya 'itqu min an-nar.

Kini kita berlumba-lumba mencari malam
lailatul qadar yang mana malam ini
malam yang memberi kebaikan lebih
banyak daripada 1000 bulan. Malam yang
diberikan peluang kepada seluruh hamba
Allah untuk melakukan sebanyak-banyak
m ungkin amalan.

Walau bagaimanapun, moga-moga amalan
yang kita lakukan sepanjang Ramadhan
kali ini dapat kita teruskan pada
bulan-bulan yang akan datang. Berkat
doa dan usaha kita mendekatkan diri
kepada Allah Azza Wajalla, mudah-
mudahan madrasah Ramadhan yang kita
lalui pada tahun ini banyak
menyedarka n kita dalam mengeluarkan
diri kita dari kegelapan kepada cahaya
juga dapat mengislah diri kita dari
keburukan kepada kebaikan dan akhirnya
menjadi hamba Allah yang beriman dan
bertakwa.

Friday, 14 September 2007

Thursday, 13 September 2007

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, kita bertemu lagi kali ini bersama bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita semua. Di bulan yang penuh keberkatan ini, ayuh kita sama-sama memperbanyakkan amalan. Kita beruntung jika mampu memanfaatkan segala peluang yang terbuka ini dengan pelbagai ibadah yang mampu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dari masa yang lalu dan rugilah bagi mereka yang hanya mampu melihat kedatangan Ramadhan tanpa ada di sana usaha yang sepatutnya dilakukan untuk memanfaatkannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abu Hurairah daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. Sama-samalah kita berdoa agar Allah menerima segala ibadat kita terutama puasa kita yang mana ia dijauhkan daripada puasa yang disifatkan oleh Allah dan rasulNya sebagai puasa yang sia-sia dan tidak lebih daripada menahan makan dan minum sahaja sedangkan anggota yang lain tidak turut berpuasa.

Kita juga mengharapkan agar Allah meletakkan diri kita dalam golongan mereka yang terus istiqomah dan tetap dalam melakukan amalan soleh bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi berterusan pada bulan-bulan yang lain. Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya banyak beribadat dalam bulan Ramadhan sahaja tanpa dapat meneruskan amalan yang soleh itu selepas berlalunya Ramadhan.Insya Allah.


Wednesday, 29 August 2007

Remaja Kini : Hilang Punca Terhakisnya Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, walaupun akhirnya saya membuat keputusan untuk menarik diri menunaikan umrah, dengan penuh harapan agar tahun depan saya dapat menunaikannya bersama kedua ibu bapa yang selalu tergambar dipelusuk hati. Namun, segala-galanya ada urusan Allah SWT. Mungkin esok,mungkin lusa mungkin bila-bila saja saya akan berangkat ke Baitullah. Moga berkat doa ibu ayah dan sahabat-sahabat, tercapai juga impian saya ke sana nanti.

Kali ini terpanggil saya untuk menyambung topik remaja kini yang membawa tajuk "Hilang Punca Terhakisnya Ilmu". Kenapa saya memilih topik ini? Setelah beberapa musim berlalu, waktu cuti yang sebahagiannya saya habiskan di hadapan komputer. Mencari maklumat-maklumat terkini tentang isu remaja yang juga rakan sebaya, malah akan terus mengorak langkah menyambut saranan pelbagai pihak bahawa "generasi muda kini, menggambarkan pemimpin akan datang".

Waktu cuti ini juga, dapatlah saya menghadiri pelbagai program anjuran pimpinan-pimpinan pelajar yang ada di Mesir. Di sini juga saya melihat dan membezakan program-program tersebut. Ada yang baik dan bersesuaian dengan kredibiliti pelajar agama. Namun, ada juga program yang kurang baik dan perlu diperbaiki. Perbaiki dari dalam? Tidak mungkin. Hapuskan sahaja persatuan yang sebegitu rupa dan teruskan bersama persatuan pelajar yang benar-benar ingin mencorak ahli dengan tarbiyyah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.


Ya, benar. Generasi kini merupakan gambaran pada pimpinan keluarga, agama, bangsa dan tanahair kita pada masa hadapan. Tetapi, apa yang merisaukan adalah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memandang serong terhadap pelajar agama. Turut serta generasi muda kini menggambarkan satu persepsi buruk terhadap masyarakat belia khususnya dalam memberikan kepercayaan untuk memimpin masyarakat menjelang 2020.

Kenapa saya katakan begitu? generasi muda kini menampilkan personaliti yang agak buruk. Lihatlah di mana-mana sahaja walau di IPT sekalipun, mahasiswa-mahasiswi menampilkan akhlak yang begitu buruk. Manakala yang menampilkan adab dan kesopanan mengikut islam pula diperktakan sebagai kaum yang jumud. Adil atau tidak adil boleh dihakimi saudara-saudari semua. Kita perbincangkan tentang akhlak belia dan remaja masa kini yang semakin lama semakin terhakis tarbiyyah diri.

Dengan mata kepala saya sendiri melihat segelintir pelajar agama yang sanggup menjatuhkan martabat agama kerana wang semata-mata. Dengan wang sahaja dah tewas? ke mana perginya ilmu yang telah kita pelajari sehinggakan kita boleh tertewas di tangan kepala-kepala sekular dan freemason yang cuba menarik perhatian masyarakat dengan nama ISLAM. Alangkah sedihnya martabat agama kita jatuh disebabkan pelajar-pelajar agama sendiri. Bertambah sedih apabila orang yang terlibat itu adalah sahabat saya sendiri. Berkatkah ilmu kita andai kita bersekongkol dengan golongan pemusnah agama sendiri?

Hilang segalanya kerana wang. Hilang segalanya kerana tipu helah kepala-kepala BUGHAH. Ilmu yang dituntut di ardhul Anbiya' semakin dilupakan. Jangan kerana anda Islam dipijak-pijak oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Maka akhirnya hilanglah kepercayaan masyarakat di tanahair tercinta kepada bakal-bakal ustaz harapan agama. Sanggupkah melihat ahli keluarga kita murtad? Sanggupkah melihat ahli keluarga kita berzina di depan mata kepala kita? Sanggupkah kita melihat negara kita diserang sepertimana Bosnia diserang Serbia? perang saudara seperti di Acheh? Tidak sama sekali sahabat-sahabat. Minta dijauhkan Allah. Bangkitlah! Kebangkitan kita untuk agama tercinta. Jangan kerana anda Islam dipijak-pijak oleh manusia yang bertopengkan syaitan.

Ingatlah sahabatku, kita harapan ibu ayah. Kita harapan keluarga. Kita harapan penduduk kampung. Kita harapan negara. Moga kembalinya kita ke medan perjuangan sebenar di tanahair kelak membawa satu perubahan besar seterusnya menyambung rantai perjuangan baginda Rasulullah SAW. Perbaiki niat, perbaharui niat kita. Carilah sumber kekuatan rohani sebagai pembantu ketetapan hati kita untuk perjuangan Islam kelak.


Tuesday, 10 July 2007

Perjuangan : KUTEMU CINTANYA DI RAMALLAH


“Apabila kamu menghampiri sebuah kota untuk berperang, jemputlah warga kota itu untuk berdamai. Kalau warga kota itu menyambut untuk berdamai, maka semua rakyat di dalamnya diperhambakan kepada kamu. Kalau warga kota itu enggan menyerah, malah sebaliknya memerangi kamu, maka hendaklah kamu mengepung kota itu. Apabila tuhan meyerahkan kota itu kepada kamu, maka hendaklah kamu pancung semua orang lelaki, wanita, kanak-kanak dan binatang serta rampasan dalam kota itu menjadi milik kamu. Begitu juga hendaklah kamu lakukan dengan semua kota yang jauh daripada kamu. Jangan biarkan seorang pun tinggal di dalamnya.”
Tasthniah Sah {17-10}{20}.

“ Israel bedebah! Celaka ke atas Yahweh! Ramallah bergegar lagi. Hujan darah menitis lagi di sana. Jentolak Israel memusnahkan 73 rumah di kem pelarian Gaza awal pagi tadi. Kebanyakan penduduk masih tidur, menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal. Saban hari kita disogokkan dengan peristiwa kekejaman Yahudi Laknatullah, tapi apa tindakan kita? Ke mana hilangnya suara-suara yang ingin membela intifada’ Palestin? Aku benci dengan dunia yang buta, pekak dan terus bisu! Kewajipanku menuntut ilmu di bumi yang kupijak ini serasa sia-sia. Aku mencari ilmu di sini sedangkan insan-insan durjana itu enak menjarah dan memamah jasad-jasad saudaraku di Ramallah, Jenin, Semenanjung Gaza. Serasa dayusnya aku kerana tidak kembali pulang, berjuang bersama-sama saudaraku di sana. Membenamkan kezaliman Zionis yang bertebaran liar di bumi Quds. Hingga sekarang, aku masih buntu mencari jawapan. Adakah masih perlu aku bersenang- lenang di sini sedangkan saudaraku di Palestin disembelih Zionis saban hari. Pengecutkah aku? Pengkhianat agamakah aku, Fathi?”

Aku? Entahlah! Aku sendiri masih keliru. Malah, semakin keliru dengan pergolakan hati yang dicetus gadis bermata jeli itu.

Ah gadis itu! Satu-satunya perawan yang berjaya mengocak sentimenku. Semangatnya bisa menandingi kekuatan seorang insan bernama Adam. Malah aku sendiri kagum dan terbias dengan roh jihad yang subur dalam jiwanya. Kekentalan semangat dan keyakinannya itu menimbulkan suatu kesedaran baru dalam diriku. Betapa di sekeliling masyarakat Muslim, amat kurang pemuda pemudi berjiwa waja seperti gadis Palestin ini. Malah aku sendiri mengakui aku turut tersenarai sebagai pemuda yang masih bebal semangat jihad. Perkenalan singkat, lewat demostrasi dan ceramah jalanan membela perjuangan intifada’ Palestin memaksaku mengenalinya lebih dekat. Ayat Akhras…Seorang gadis yang acap kali menghuni lensa kameraku. Kisahnya dan penulisan sejarahnya tentang Yahudi acap kali menghiasi laman lidah editor majalah kecil Lambaian Quds. Seawal usia tugasku sebagai jurugambar di syarikat majalah ini masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Tambahan pula, selama ini aku tidak pernah ambil pusing dengan perkembangan di Tebing Barat apatah lagi tentang perpecahan dan pergolakan dunia Arab. Lantas aku seperti rusa masuk kampung tatkala ditawarkan tugas sebagai jurugambar di majalah Lambaian Quds ini.

“Di Parlimen Israel, ada tergantung peta Negara Raya Israel yang memanjang dari Sungai Nil ke Sungai Furat. Ertinya termasuklah Mesir dan Iraq. Semuanya mereka rencanakan dalam konferensi Zionis pertama di Switzerland pada 1897 di bawah kendalian Theodore Hertzl. Bumi anbiya’ bakal dinodai.” Kulihat bola matanya sayup memandangku. Ada geletar di hujung bicaranya.

“Oh, ya kah?” Aku mengerutkan dahi.

“Pada tahun 1948, bumi Isra’ dan Mikraj diperkosa Yahudi. 800 000 orang Palestin diusir dari tanah air sendiri. Apabila Israel menawan Semenanjung Sinai pada tahun 1973, mendiang Perdana Menteri Wanita Pertama Israel, Golda Maer dengan angkuhnya berkata: Saya dapat mencium bau datuk nenek saya beribu batu! Beliau bermaksud Kota Mekah dan Madinah di Jazirah Arab yang menghadap kepadanya. Oh! Selagi warga dunia hanya berpeluk tubuh dan tunduk pada kuasa veto Amerika dan Yahudi, sifir keganasan dan kekejaman akan terus dihitung.” Dia tunduk. Ada memanik putih di tubir matanya.

Aku mula serba salah tika kulihat Akhras menyapu birai matanya yang digenangi air jernih. “ Fathi…Diriku merindukan kedamaian di bumi Quds.” Lantas dia pun berlalu.

Sekitar tahun 1905 hingga 1271, Perang Salib dilancarkan. Perang ini tercetus atas desakan Yahudi. Realitinya, Perang Salib bertujuan melindungi orang-orang Kristian yang melawat Baitul Maqdis dan mendirikan pemerintahan Kristian di Palestin, tetapi hakikatnya peperangan tersebut bertujuan melaksanakan kepentingan orang-orang Yahudi. Mereka telah menjadikan suruhan orang-orang Kristian Eropah sebagai alat mereka. Muktamar Maskoni Keempat yang diadakan oleh pihak Gereja Katholik pada tahun 1215 Masihi memutuskan supaya orang-orang Yahudi diberi suatu penempatan khusus supaya tidak menggunakan orang-orang Kristian sebagai alat mereka lagi. Keputusan ini diambil sebagai reaksi terhadap kegiatan murabin (pemakan bunga} orang-orang Yahudi. Namun keputusan ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana pengaruh kuasa orang-orang Yahudi segenap bidang keagamaan, kerajaan dan rakyat.

Pada tahun 1275 Masihi, Raja Edward I telah mengeluarkan perintah mengharamkan orang-orang Yahudi daripada mengenakan bunga. Pada tahun 1306, Perancis pula mengusir orang-orang Yahudi dari negerinya. Diikuti oleh Belgium pada tahun 1370, Slovakia pada tahun 1380, Austri pada tahun 1420, Sepanyol pada tahun 1492, Lithopia pada tahun 1495, Itali pada tahun 1498 dan Bavaria pada tahun 1551. Akibatnya seperti yang disebut dalam Encyclopaedia Britannica “Semua itu menyebabkan orang-orang Yahudi berhijrah ke Timur, khususnya ke Empayar Turki dan Polonia.”

“Ariel Syaron menyambut baik Pelan Damai Tajaan Amerika setelah berkali-kali berdolak dalik. Bush ketawa, Collin Powell tersengih. Ah! Aku tidak percaya dengan manusia-manusia topengan iblis itu. Pasti ada muslihat di sebalik sesuatu yang direncanakan mereka. Israel tidak pernah setuju dengan resolusi, konfrontasi mahupun semua bentuk rundingan damai di meja-meja bulat. Aku bimbang segala-galanya akan musnah seperti Perjanjian Oslo pada tahun 1993. Pelan Damai ini mungkin akan dikoyak carik oleh manusia-manusia durjana itu seperti hancurnya Proses Damai 1994 antara Israel-Jordon-Palestin.” Rona merah menyelubungi wajah ayunya. Semangatnya mula berkobar. Benci dan jijiknya dia pada Yahudi Laknatullah yang menghancurkan bangsa dan tanahairnya.

“Kau terlalu pesimis. Mungkin sudah terbuka hati pemimpin-pemimpin dunia itu untuk melihat dunia kembali damai dan tenang daripada gegak gempita bom, roket dan senjata. Atau mereka jua mahu hujan darah tidak menitis lagi membasahi Quds. Bersangka baik mungkin akan memberi pulangan yang baik jua pada kita” Aku mengheretnya mencari opsyen yang lebih positif.

“Ah Fathi! Kau jua sudah dipukau sihir iblis-iblis itu? Sudah termakankah dikau dengan kata-kata manis mereka? Sudah hancur lumatkah mereka kulum iman dan roh jihadmu? Sedarlah dari lenamu. Mereka tidak kenal erti damai. Malah sejarah sudah membuktikannya. Israel tidak pernah puas menodai Quds. Hanya kerana Pelan Damai tajaan Amerika ini pandanganmu sudah kabur?” Nada bicaranya mula meninggi. Ternyata bicaraku meningkah ra’yunya. Aku keliru. Semakin keliru.

“Demi sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) akan dapati manusia yang keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.” ( Al-Maidah:82 }

Orang-orang Yahudi merancang dan membiayai gerakan pemberontakan di Perancis pada tahun 1789. Pertubuhan Freemason di Timur Raya Perancis mempunyai jaringan sulit operasi Yahudi yang terdiri daripada orang-orang Perancis seperti Marquis Miravo, Routsheld dan Rousoe. Matlamat rancangan revolusi Perancis oleh sekumpulan Yahudi daripada tokoh-tokoh murabin Yahudi ialah supaya kuasa sulit mereka dapat menguasai kerajaan diikuti revolusi-revolusi lain di seluruh Eropah.

Menurut Sir Walter Scot, kebanyakan pemimpin revolusi Perancis sebenarnya terdiri daripada orang-orang asing dan orang-orang Yahudi. Contohnya Manuel Yahudi yang mengangkat dirinya sebagai pendakwa raya Komon di Paris. Beliau bertanggungjawab menyumbat ribuan orang ke dalam penjara Paris. Di tangannya sahaja lebih lapan ribu orang menjadi mangsa penyembelihannya. Bersama-sama perancang Yahudi yang berpusat di Gereja Yaakabat, Manuel menuntut supaya lebih banyak darah yang mengalir. Pemimpin-pemimpin revolusi yang lain seperti Robesbear, Danton dan Mara tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka hanyalah boneka Yahudi.

Setelah itu mereka melantik Napoleon Bonaparte sebagai agen mereka untuk menghapuskan semua mahkota dan raja-raja Eropah. Rancangan ini dikenali sebagai “Siri Peperangan Napoleon.” Tetapi Napoleon akhirnya mendedahkan rancangan Yahudi itu lantas apabila dia menyerang Rusia dan Jerman ketika musim sejuk, Yahudi menghentikan bantuan kewangan dan persenjataan kepadanya. Maka berakhirlah pemerintahan Napoleon. Pada tahun 1814, Napoleon ingin berhenti dari takhtanya di Paris tetapi dibuang negeri ke Pulau Alpa. Akhirnya beliau meninggal akibat serangan sakit jantung. Begitulah keterlibatan Yahudi ketika Revolusi Perancis yang penuh dengan tipu daya dan helah. Lantas, apakah kita tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah?

Emosinya pasti memuncak saat berbicara tentang kekejaman Yahudi di bumi Quds. Benarlah! Dia terlalu jelek dan benci dengan bangsa algojo yang menyembelih saudara-saudaranya di Palestin. Atau sebetulnya aku harus mengakui saudara-saudaraku jua yang ditindas di sana. Ya! Saudara seIslam, seaqidah denganku. Lantas aku teringat bicara parah antaraku dengannya tentang laungan jihad di bumi Palestin. Ah! Tutur nista seawal usia perkenalanku dengannya menimbulkan bibit-bibit perbalahan antara kami. Lantas kini, aku mengakui kehebatan hujahnya dan kejengkelan bicaraku. Oh! Jahilnya kau Fathi!
“Kau hanyalah seorang pelajar. Sementelah pula seorang wanita. Matlamatmu ke sini semata-mata untuk menuntut ilmu. Mengapa harus melibatkan diri ke kancah politik? Adakah dengan berdemostrasi menuntut keadilan dan hak rakyat Palestin di jalanan mampu menghentikan peperangan yang meletus di Tebing Barat?” Hujahku menitir laju.

“Politik? Isu Palestin ini kau anggap politik, Fathi? Ah! Dangkal sekali hujahmu. Palestin tanah tumpah darahku. Watan yang harus aku pertahankan haknya. Lihat di sekelilingmu. Walaupun sahabat-sahabat ini bukan berasal dari bumi Quds, tapi mereka bukan pengecut sepertimu! Daripada diam membisu atau hanya memandang lesu sahaja saudara seagama disembelih Zionis, kami berani bangkit bersuara lantang supaya dunia mendengar cemuhan dan rasa tidak kepuasanhati kami terhadap kekejaman Israel yang terus-terusan menodai Palestin.” Suaranya bergetar. Peluh merenek di dahi gadis itu.

“Aku bukan bodoh. Kenapa perlu susahkan diri? Aku bukan bangsa Arab. Di bumi ini aku sudah dikurniakan kehidupan yang aman dan bahagia. Bebas dari sebarang bentuk pencabulan hak asasi. Mungkin segala yang berlaku di dunia Arab hari ini berpunca daripada bangsa Arab sendiri. Lantas, bangsamu yang mencari masalah, bangsamu jualah yang menyelesaikannya.” Bicaraku mengundang padah. Kata-kataku umpama menyiram minyak ke marakan api yang membahang. Mukanya mula merona merah.

“Fathi! Isu Palestin adalah tanggungjawab sejagat, tanggungjawab yang tidak hanya terbeban di bahu bangsa Arab atau rakyat Palestin semata. Umat Islam umpama suatu binaan yang terpasak kukuh dengan tunjang aqidah dan syariat yang satu. Mungkinkah kau sudah lupa, Fathi? Badar, Khandak, Fathu Makkah menyaksikan kemenangan berputik hasil daripada kesatuan dan perpaduan antara mujahidin Islam. Sejarah membuktikan yang kegemilangan Islam di zaman pemerintahan Rasulullah dan para sahabat berasaskan thabat jiwa dan semangat kesatuan yang jitu.” Hujahnya mula memancing hatiku. Ada kebenaran yang tercetus pada kata-katanya. Aku terpana.

“Apakah kau rela menyaksikan tanah barakah itu terus-terusan dinodai Yahudi laknatullah itu? Apakah kau rela saudara-saudara seagamamu disembelih bangsa laknatullah itu? Apakah kau mahu sejarah Shabra dan Shatila berulang kembali? Nasib kita, umat Islam tidak pernah berubah. Kita ditindas dan ditekan di mana-mana. Mungkinkah kerana ruhul Islam sudah lupus dari jiwa? Fikirkanlah Fathi. Aku tidak mahu kau jua hanyut seperti pemimpin-pemimpin Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah kau jua mahu digelar kerbau yang sudah dicucuk hidungnya? Mengia dan membenarkan saja kuasa veto itu berbuat sesuka hati mereka? Berlagak seolah-olah Polis Dunia yang kebal diri?” Gadis itu memandang tepat ke bola mataku. Aku kaget. Diam.

“Lantas, aku harus mengangkat senjata melawan mereka dengan kudratku yang sekecil cuma ini?” Bicaraku pecah. Dia tersenyum.

“Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting adalah niat kita kerana Allah, demi membela agama tercinta. Namun Perang Badar sudah membuktikannya. Apalah maknanya kuantiti tanpa kualiti. Sekali kau pertaruhkan nyawa dan ragamu untuk Islam, segunung ganjaran menantimu.”

“Kau tak takut matikah?” Dungukah soalanku itu? Huh!

“Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan.” Selanya tenang. Ah! Perawan yang satu ini…

“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; pemuda yang tiada punya akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan; pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”
( Fathi Yakan }
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam ulasannya tentang kekalahan Arab dalam melawan Israel pada tahun 1967 menyatakan sebab pokok kepada kekalahan ini, jua sebab yang sama yang telah membawa kepada kehilangan Andalusia dan Palestin ialah melupakan Allah SWT dan meninggalkan Islam sebagai satu kesatuan aqidah, syariat, akhlaq, pemikiran dan perasaan.

Selain itu, tandusnya semangat berkorban dan keinginan kepada syahid serta tumbuh suburnya penyakit al-wahn dalam jiwa pemuda-pemuda Islam. Mereka juga turut melupai akan pertolongan Allah ketika melangkah ke medan perang. Tiada lagi kedengaran pesanan taqwa daripada pimpinan tentera seperti yang pernah dipesan oleh Khalid Ibnu Walid kepada tentera-tenteranya di medan Yarmuk. “Hari ini adalah satu hari daripada hari-hari Allah yang tidak harus ada unsur-unsur keangkuhan dan kederhakaan, tetapi seluruh jiwa raga harus tulus berjihad pada jalan Allah.” Umar Al-Khatab juga pernah berpesan kepada panglimanya,”Kita hanya mungkin menang dengan sebab kederhakaan musuh-musuh terhadap Allah dan ketaatan kita kepada-Nya. Andai kita sudah sama-sama berbuat maksiat, maka mereka mengatasi kita dari segi kekuatan.”

“Hai orang-orang yang beriman! Kalau kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan tegakmu.” { Muhammad : 7 }

“Aku sayangkan kau, Akhras.” Nah! Aku tidak mampu berselindung di balik tirai keegoanku lagi. Lantas bicara yang begitu, meluncur laju dari kerongkongku.

“Aku benar-benar ikhlas menyatakannya.” Redup mataku bertemu hening matanya. Biar sepasang mata ini yang berbicara supaya gadis itu tahu yang aku ikhlas menyintainya.

Dia tunduk lalu menghadiahiku sekuntum senyum. Oh! Mungkinkah? Aku menanti jawapannya penuh debar, penuh pengharapan. Hatiku hancur luluh tika dia berlalu meninggalkanku tertanya-tanya sendirian. Aku terpana. Ah! Akhras…tidakkah ada ruang di hatimu untukku?

Dalam Protokol Zionis Pertama : Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintahan yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak. Apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya.

Dalam Protokol Zionis Ketiga : Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menghapuskan setiap mereka yang menyekat tujuan kita.

Assalamualaikum wbt…
Saudara Fathi Nuruddin, sahabat seperjuangan landasan sufiah ini.
Niat suci Fathi , amat kufahami. Bukan tujuan diri ini untuk menyinggung perasaan Fathi tempoh hari apatah lagi melukai atau mencalari hati seorang sahabat sepertimu. Maaf. Aku tidak mampu menyatakan jawapanku di hadapanmu. Lantas, marsum ini kuutusi.
Cintaku kepada syahid melebihi kasih kepada insani. Aku tidak mahu tenggelam dalam cinta manusia yang hanya bermusim dan tidak pasti. Tidak akan sekali-kali kuabaikan cinta agung untuk Ilahi. Aku mendambakan pertemuan dengan-Nya, Fathi. Kemaruk aku menanti saatnya, kini ada di depan mata.
Aku tidak layak untukmu. Malah aku anak yatim yang berdagang di bumi orang. Bukalah ruang hatimu untuk gadis yang lebih mulia berbandingku.
Fathi, semalam aku bermimpi Qubbah Al-Sakhra’. Mungkinkah aku sudah ketemu cinta di sana?
Salam perjuangan,
Ayat Akhras…
17 Januari 2003
9 Ogos 2003…

Pilu mengepung kalbu. Dadaku sesak seolah-olah ditindih sesuatu. Aku sedang menyaksikan keruntuhan sebuah tamadun Islam. Bumi yang pernah dibebaskan oleh Sallahuddin Al-Ayubi dalam Perang Hittin tanggal 1187. Tiba-tiba mataku berkaca. Pecah lalu berderai membasahi tanah barakah itu. Tanah yang sentiasa disirami air darah rakyat Palestin, saudara-saudara seagamaku. Aku dicengkam pilu. Hatiku digigit rasa keharuan yang menebal. Ya Allah….

Aku merakam segala penderitaan, jerih payah perjuangan rakyat Palestin yang inginkan kedamaian menjernih di bumi Quds ini. Kameraku tidak pernah menipu malah kebenaran lebih bercahaya di hujung lensanya. Aku menawarkan diri sewaktu Lambaian Quds ingin menghantar koresponden ke Palestin. Biarlah kupertaruhkan nyawa demi mencari sebuah kebenaran yang hakiki. Akan kutunjukkan pada dunia. Nah! Inilah bangsa yang meminggirkan kemanusiaan.

Seminggu di Ramallah, kebenaran dan penderitaan terakam. Namun resah masih menjerat hati. Oh ya! Aku tidak beritahu kalian lagikah, aku turut memijak bumi Isra’ Mikraj ini demi kembali mencari kepastian. Ingin aku nyatakan pada kalian, aku sudah ketemu cintanya di sini. Ya, di Ramallah ini. Walaupun aku pasti yang aku tidak mungkin menatap wajah ayu bermata jeli itu lagi, namun aku telah ketemu perjuangannya di sini. Tiupan bayu intifada’ di bumi Palestin ini serasa mengganti hembusan pawana cintanya yang pernah membelai hatiku suatu masa dulu. Benarlah! Cinta kekasih agung itu lebih hebat daripada kasih makhluk. Lantas, serasa aku jua mengimpikan tautan kasih dengan cinta hakiki itu!






Monday, 4 June 2007

Remaja Kini :Gejala Sosial,Sebab dan Penyelesaiannya.

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari demi hari,dunia semakin bergoncang dek kerenah manusia yang bertopengkan syaitan. Manusia hari ini seolah tidak punyai akal dan fikiran. Terpaksa saya karangkan artikel ini setelah beberapa kali membaca, dan terbaca beberapa petikan berita yang terpampang di akhbar harian.

Remaja Islam di Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu khususnya, semakin tidak ambil endah hak dan hukum Islam. Apakah layak kita ini hidup di muka bumi Allah SWT dan bergelar remaja Muslim andai kita sering melakukan maksiat?

Nah, lihat saja beberapa paparan akhbar hari ini :

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070604114759/Article/indexm_html

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070604111910/Article/indexm_html

Beberapa tahun sebelum ini, remaja sering dikaitkan dengan dadah,kemudian gejala berkumpulan seperti punk, skin head dan sebagainya. Kemudian muncul pula rempit, minah scooter. Masalah bersekedudukan bersama pasangan sudah menjadi trend terkini yang membutakan fikiran remaja. Patutkah kita hanya membiarkan saja sahabat atau ahli keluarga kita termasuk dalam golongan-golongan tersebut?




Seiring dengan gejala yang tidak sihat ini, ibu bapa sering dipersalahkan. Tidak pernahkah kita terfikir dimana tanggungjawab kita sebagai seorang anak? Secara tidak langsung, sememangnya ibubapa harus memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan mentarbiyyah anak mereka. Malah lebih besar tanggungjawab pucuk pimpinan kerajaan yang sepatutnya meletakkan hukum Islam itu sebagai undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.

Tidak boleh dinafikan lagi, setiap antara manusia punyai peranan masing-masing dalam membentuk syakhsiah diri. Apakah sebab-sebab yang menyebabkan golongan remaja terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial dan menuju lembah maksiat ini? jawapannya sudah tentulah kerana semuanya memandang enteng terhadap didikan agama.

Memandang didikan agama sebagai perkara yang enteng atau mudah menyebabkan ramai remaja dan wanita begitu mudah terjebak dengan aktiviti haram seperti pengguguran haram atau berzina.

Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa (IMWU), Dr Robiah Hamzah, berkata kebanyakan mereka menganggap didikan agama tanggungjawab ibu bapa dan bukan diri sendiri.Katanya, ia alasan yang paling tidak masuk akal didengar kerana setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana agama hak individu.“Jika mereka boleh mencari ilmu sehingga ke peringkat menara gading dan memastikan diri mendapat pekerjaan yang terbaik serta gaji yang memuaskan, kenapa mereka tidak boleh membuat perkara yang sama terhadap didikan agama.

“Mereka patut sedar, selepas peringkat akil baligh atau dewasa mereka boleh mencari sendiri arah dan didikan agama yang mereka perlukan tetapi sebaliknya mengenepikannya,” katanya.Dr Robiah berkata, pendekatan yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan remaja atau wanita tersebut tidak melakukan perbuatan yang lebih teruk lagi akibat terdesak.

Moga kita semua diberikan taufik dan hidayah dari Allah SWT dalam meneruskan kehidupan kita seharian .

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.” Justeru, malu seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada Allah. Fikir-fikirkan..

Sunday, 3 June 2007

Kepelikan Mini: Jemaah2 Baru Di Malaysia

Inilah senarai beberapa jemaah dan kumpulan 'ISLAM' baru yang berjaya ditemui di Malaysia sejak Mac 2007. Dipercayai kumpulan-kumpulan ini cuba untuk meniru nama beberapa kumpulan yang sudah ada sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia bagi meraih simpati dan menambah ahli.

Keahlian mereka semakin hari semakin bertambah dan menurut kata-kata professor Pedang-Padang-Jawa, kehadiran mereka banyak menggugat kestabilan fahaman agama di negara kita. Berikut diberikan hanya keterangan ringkas mengenai setiap kumpulan tesabit. InsyaAllah, pihak The Sharpest Sword akan terus berusaha membongkar lagi kegiatan-kegiatan hipokrit seperti ini, sesuai dengan tema kami "Slashing Through Hipocrisy".

1.Jemaah IK-WAN (Jemaah Ikut Kawan)
2. Jemaah TAKBLEY (Jemaah Tak boleh)
3.Jemaah Ahlus Salah Wal Susah (ASWS) (Jemaah Semua Salah dan Semua Susah)
4. Jemaah Selaspie (Jemaah Sell Islam as easy as a pie)
5. Kumpulan RUMPAQAN COORPERATION (Kumpulan perniagaan)
6.Hizbut TAKRETI (Tentera tak reti-reti)


http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/59

Saturday, 2 June 2007

Remaja Kini :10 Kelalaian VS 10 Amal Kebajikan


Bismillahirrahmaniirahim,

Ingin saya berkongsi sedikit sebanyak untuk sama-sama kita bermuhasabah bagi memantapkan lagi syakhsiah dalam diri kita semua.

Dunia kini semakin rancak dalam berlumba-lumba mengejar arus kemodenan dan teknologi. Malah membuatkan kita semakin alpa dan lalai dalam menunaikan kewajipan kita selaku remaja Muslim. Seharusnya kita adalah golongan yang bertindak sebagi benteng agama dan negara.




Namun, apa yang berlaku kini golongan muda dan remaja semakin leka dalam membentuk keperibadian diri sendiri sehinggakan ada yang sanggup bergelumang di dalam lembah kemaksiatan seterusnya bongkak dan berdabik dada seolah-olah dunia ini kepunyaan mereka selama-lamanya.

Apakah yang lebih kita suka dan apakah yang kita lupa :-

  1. Remaja kini lebih suka membuang masa dengan menonton siaran hiburan VS menonton siaran agama sehinggakan siaran berita pon sudah tidak diendahkan.
  2. Remaja kini lebih suka membaca majalah hiburan VS membacaAl-Quran walaupun sekurang-kurangnya satu mukasurat sehari.
  3. Remaja kini lebih suka melepak di pusat beli-belah,pusat hiburan,taman-taman rekreasi VS pergi ke perpustakaan,atau berbicara mengenai hal-hal agama dan isu semasa sampai solat pon tak tentu hala.
  4. Remaja kini lebih suka membuang waktu siang dan malam mereka dengan pakwe/makwe VS keluarga dirumah, homework pon malas nak buat. Zikir dan doa apatah lagi.
  5. Remaja kini lebih suka ambil tahu tentang artis, realiti TV hari-hari uptodate VS pengetahuan mereka tentang nasib saudara Islam mereka di Palestin, Iraq dan lain-lain. Dalam negara sendiri pon tak tahu.
  6. Remaja kini lebih suka mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari mulut,mencarut dan seumpama dengannya VS Zikrullah dan kata-kata yang memuji Allah. Sehari sekali pon takkan tak boleh.
  7. Remaja kini lebih suka diberikan pujian atas maksiat yang dilakukan VS dimarah oleh ibubapa sebab lewat menunaikan solat.
  8. Remaja kini lebih suka bergayut ditelefon sehingga jam 3-4 pagi VS tidur sekurang-kurangnya boleh bertahajud sebulan sekali. Setahun sekali pon tak pernah? Masya Allah.
  9. Remaja kini lebih suka menggunakan internet untuk mencari kenalan, berbual kosong dan untuk diajak keluar VS berbincang secara ilmiah, tambah ilmu dan mengetahui masalah rakan. Padahal dalam internet ni banyak website untuk tambah ilmu.
  10. Remaja kini lebih suka keluar merempit dan berkepit VS tolong ibu beli ikan di pasar atau bersama dengan gerakan Islam.

Ini baru 10 sahabat-sahabat. Banyak lagi yang perlu sama-sama kita muhasabahkan. Moga-moga ianya dapat membantu kita dalam membentuk peribadi kita sebagi Muslim yang sempurna. Amin Ya Robbal 'Alamin.

Monday, 28 May 2007

Masjidil Aqsa diserang Rejim Israel Laknatullah

Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Isra' dan Mi'raj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad SAW (570-632). Berdasarkan pada ayat Al-Quran, Nabi Muhammad SAW melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada "masjid al-haram" ( di Mekah di selatan Arab Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh" (Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammed menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ianya berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. Masjidil Aqsa diserang rejim Israel Laknatullah sekitar jam 12.45 malam waktu Mesir. Beberapa pejuang Islam telah terkorban. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 diatas tanah rampasan daripada umat islam dan kononnya mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi Teknologi dan Perindustrian dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Ayuh sama-sama kita mendoakan kemenangan dan keselamatan pejuang-pejuang dan Ummat Islam yang mempertahankan rumah Allah yang pernah menjadi kiblat kepada Ummat Islam satu ketika dahulu. Moga Allah SWT memberikan yang terbaik buat seluruh Ummat Islam sedunia dan menghancurkan golongan musyrikin dan kuffar seterusnya menjatuhkan kekuatan golongan Freemason,Liberal dan Sekular yang sentiasa mengatur langkah dalam memperkotak-katikkan Ummat Islam sedunia.

Friday, 25 May 2007

Nikmatnya Ramadhan

Ramadhan Madrasah Tarbiyyah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah tiba ke pengakhir awal Ramadhan, Ar-Rahmah. Awal yang penuh kasih sayang. Keindahannya terasa dalam jiwa yang selama ini meronta-ronta. Fasa kedua Ramadhan pastinya kita juga mahu berebut-rebut bersama dengan golongan yang ingin menyucikan diri memohon keampunan Illahi atas segala noda yang telah dilakukan.

Ramadhan sememangnya mendidik jiwa dalam melakukan amal sehinggakan kadangkala berlaku, orang yang tidak pernah bersolat juga akan bersolat dan tidak mustahil mereka juga akan berpuasa penuh. Cuma bezanya, sejauh mana kita menjiwai amalan yang kita lakukan dan keikhlasan dalam melakukan amal dan ibadat seharian kita.

Apa Yang Kita perlu Tahu, Renung dan Amal Untuk Tingkatkan Iman?

1. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.

2. Setiap muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil dari dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisaa :

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا

Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri.

3. Semestinya setiap muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh dari rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari mememasuki api neraka, sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah : Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekaligus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir :

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ

Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.


Sahabat yang dirahmati Allah SWT, sama-sama kita renungkan dan selamat beramal. Moga Ramadhan kali ini memberikan natijah yang terbaik buat kita berbanding dengan Ramadhan yang lepas.

Perbanyakkan amalan, dan sentiasa berdoa untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, pastikan amalan kali ini memberi peluang pada kita untuk ke syurga Yang Maha Penyayang.

Kita semua punya matlamat yang sama untuk mengejar syurga Allah, cuma kadang terlupa atau dibisik nafsu dan syaitan. Dengan itu, moga-moga selepas ini kita akan terus berhati-hati dalam tingkah laku, perbanyakkan amal dan cuba untuk menjiwai tiap amalan agar kita juga tahu cara untuk menjauhi neraka Jahannam.

Wallahu A'lam.

Petikan diambil dari Harakah Daily

Persoalan iman dan amalan yang dilakukan oleh para ahli ibadat, tidak akan meningkat mutunya jika tidak disandarkan kepada kefahaman mendalam mengenai ilmu-ilmu Fardu Ain, malah seseorang itu perlu mengetahui sedalam-dalamnya maksud dan tujuan beribadat kepada Allah SWT, ia tidak lain agar hati-hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan-Nya.

Berikut adalah antara pendekatan agama yang menjadi kemestian untuk diketahui, direnungi dan seterusnya diamalkan sebagai satu cara hidup beribadat kepada Allah :

1. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.

2. Setiap muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil dari dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisaa : Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri.

3. Semestinya setiap muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh dari rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari mememasuki api neraka, sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah : Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekaligus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir : Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.

Faedah yang akan diterima oleh seseorang itu dalam mengamalkan ibadat yang disyariatkan:

1. Jenis ibadat:12 rakaat solat sunnat rawatib (2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepasnya, dua rakaat masing-masing selepas Maghrib dan Isyak). Faedah: Allah SWT membina bagi orang itu mahligai dalam syurga. Dalil: Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang melakukan 12 rakaat solat sunnat rawatib akan dibina baginya sebuah mahligai dalam syurga.

2. Jenis Ibadat:Solat 2 rakaat di waktu malam.
Faedah:
Doa serta hajat akan terkabul dan dosa akan diampun.

Dalil:Nabi s.a.w bersabda : Allah SWT akan turun tiap-tiap malam ke langit dunia dan apabila sampai 1/3 malam Allah berfirman : Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku perkenankan, sesiapa yang memohon kepada-Nya, akan Aku tunaikan dan sesiapa yang memohon keampunan-Ku, pasti Aku ampunkan dosanya.

3. Jenis Ibadat:Solat Dhuha 2 , 4 atau 8 rakaat, setengah jam selepas Syuruk dan setengah jam sebelum Zuhur

Wednesday, 23 May 2007

Adakah Ini Suami Pilihan Anda?

Petikan diamdil daripada Portal Ukhwah

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa

isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung agaknya?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawa dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai>
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
di sisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?