Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Monday, 30 April 2007

Sandaran Cinta

Menelusuri denai kerinduan ini
ku atur langkah mendaki
cinta yang tertinggi
perjalanannya tak sindah bicara
penuh onak berduri
harus kutempuhi..

di tengah rimba kehidupan
malar kecintaan atau kebencian
menjalar akar perasaan..

cinta sejati, suci dan abadi
hanyalah cinta pada Ilahi
raih cintaNya syarat menuju Firdausi..

sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa
tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
tak ketemu kecewa hanyalah bahagia..

Friday, 27 April 2007

حكم الاحتفال بمولد النبي والمناسبات الإسلامية


تلقى فضيلة العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين سؤالا مفاده: ما حكم الاحتفال بذكرى مولد النبي صلى الله عليه وسلم وغيره من المناسبات الإسلامية مثل مقدم العام الهجري وذكرى الإسراء والمعراج.
وردا على ذلك، قال العلامة القرضاوي:
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد ...
هناك من المسلمين من يعتبرون أي احتفاء أو أي اهتمام أو أي حديث بالذكريات الإسلامية، أو بالهجرة النبوية، أو بالإسراء والمعراج، أو بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم، أو بغزوة بدر الكبرى، أو بفتح مكة، أو بأي حدث من أحداث سيرة محمد صلى الله عليه وسلم، أو أي حديث عن هذه الموضوعات يعتبرونه بدعة في الدين، وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار، وهذا ليس بصحيح على إطلاقه، إنما الذي ننكره في هذه الأشياء الاحتفالات التي تخالطها المنكرات، وتخالطها مخالفات شرعية وأشياء ما أنزل الله بها من سلطان، كما يحدث في بعض البلاد في المولد النبوي وفي الموالد التي يقيمونها للأولياء والصالحين، ولكن إذا انتهزنا هذه الفرصة للتذكير بسيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبشخصية هذا النبي العظيم، وبرسالته العامة الخالدة التي جعلها الله رحمة للعالمين، فأي بدعة في هذا وأية ضلالة ؟!
إننا حينما نتحدث عن هذه الأحداث نذكر الناس بنعمة عظيمة، والتذكير بالنعم مشروع ومحمود ومطلوب، والله تعالى أمرنا بذلك في كتابه (يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحاً وجنوداً لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرًا، إذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم وإذ زاغت الأبصار وبلغت القلوب الحناجر وتظنون بالله الظنونا)، يذكر بغزوة الخندق أو غزوة الأحزاب حينما غزت قريش وغطفان وأحابيشهما النبي عليه الصلاة والسلام والمسلمين في عقر دارهم، وأحاطوا بالمدينة إحاطة السوار بالمعصم، وأرادوا إبادة خضراء المسلمين واستئصال شأفتهم، وأنقذهم الله من هذه الورطة، وأرسل عليهم ريحاً وجنوداً لم يرها الناس من الملائكة ، يذكرهم الله بهذا، اذكروا لا تنسوا هذه الأشياء، معناها أنه يجب علينا أن نذكر هذه النعم ولا ننساها، وفي آية أخرى (يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ هم قوم أن يبسطوا إليكم أيديهم فكف أيدهم عنكم واتقوا الله وعلى الله فليتوكل المؤمنون) يذكرهم بما كان يهود بني قينقاع قد عزموا عليه أن يغتالوا رسول الله صلى الله عليه وسلم ومكروا مكرهم وكادوا كيدهم وكان مكر الله أقوى منهم وأسرع، (ويمكرون ويمكر الله والله خير الماكرين).
ذكر النعمة مطلوب إذن، نتذكر نعم الله في هذا، ونذكر المسلمين بهذه الأحداث وما فيها من عبر وما يستخلص منها من دروس، أيعاب هذا ؟ أيكون هذا بدعة وضلالة.
والله أعلم
موقع القرضاوي/ 27-3-2007

Thursday, 26 April 2007

Cinta Kita Cinta Perjuangan

“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.”
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan… “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya.
Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?"



***


“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.


***

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah. “Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “
“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. '‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.”
“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”
“Gerakan militankah?”
“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”
“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!”
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”



***


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”
“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi anbiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.”
Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.


***


Sudah lima bulan aku di bumi anbiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi anbiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.


Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!


- TAMAT –


Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..

Tuesday, 24 April 2007

Kelahiran Rasulullah Penyelamat Golongan Wanita

Dalam kehidupan zaman Jahiliyyah, golongan wanita dan kanak-kanak perempuan tidak ada tempat dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.

Mereka dianggap golongan kasta atau kelas kedua atau ketiga, mereka dianggap barangan yang tiada nilai, ia boleh ditungganggi pada bila-bila masa dan boleh ditimbus pada bila-bila masa, mereka dianggap pembawa mala petaka kepada keluarga, justeru, mereka boleh dihapuskan dari muka bumi ini.

Golongan wanita dikenali sebagai pembawa penyakit HIV iaitu satu sindrom virus pada ketika itu kerana terlibat dalam pelacuran di luar kawalan, walau apapun mereka diperlukan oleh golongan lelaki bagi memuaskan nafsu serakahnya selepas selesai aktiviti harian mereka dalam pelbagi sektor.

Majoriti golongan wanita begitu, melainkan Aminah ibunda Nabi Muhammad s.a.w yang dipelihara oleh Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kedurjanaan, ini kerana Allah tidak izinkan baginda lahir dari seorang wanita bermasalah yang boleh menimbulkan masalah kepada baginda ketika hendak menyampaikan risalah Islam, malah dipertikaikan pula oleh masyarakat manusia di sekelilingnya, apatah lagi baginda membawa satu ajaran agama yang menjadi asing buat mereka.

Kedudukan wanita dan lelaki adalah sama dalam Islam

Dengan termeterainya kerasulan nabi Muhammad s.a.w, baginda telah menyamakan mereka dalam segenap tindakan dalam amal ibadat, penerimaan pahala, keimanan kepada Allah adalah sama antara lelaki dan wanita, malah jika terdapat di kalangan wanita yang lebih baik amal ibadat serta ketakwaannya kepada Allah, mereka adalah lebih mulia, kerana janji Allah dalam al-Quran bahawa sesungguhnya mereka yang terbaik adalah yang paling bertakwa di sisi Allah.

Walau bagaimanapun dalam bab jihad pula, golongan wanita tidak perlu mengangkat senjata untuk mati syahid dalam medan pertempuran menentang musuh Islam, cukup dengan membenar atau mengizinkan para suami mereka untuk berjihad dan mereka melaksanakan tuntutan sebagai muslimah sejati dengan tanggungjawab rutin sebagai hamba Allah, isteri atau ibu kepada anak-anak di rumah serta memelihara harga diri dengan baik.

Perbezaan mereka hanya pada sudut penutupan aurat, cara pemakaian, iaitu wanita dibenarkan memakai emas dan sutera sesuai dangan fitrah mereka, sementara orang lelaki diharamkan memakai kedua-dua bahan tersebut kerana tidak sesuai dengan cara, fitrah serta penemapilan mereka yang gagah dan berani.

Jihad seorang Wanita

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagaimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat merenung bagaimana ajaran baginda Rasulullah s.a.w yang cukup relevan di setiap masa, tempat dan kedudukan manusia di sepanjang zaman untuk dilaksanakan sebagai cara hidup yang gemilang.

Friday, 20 April 2007

Indahnya Andai...

Hidup ini indah jika mempunyai garis panduan dan hala tuju...Namun, Kehidupan ini hanyalah sekali, sekali bererti satu, dan Satu ialah ESA, hanya Keredhaan Allah yang di cari... “Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling ‘abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, dan berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda akan menjadi mukmin yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang Muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati” Riwayat Imam Ahmad

Hadis ini mengandungi beberapa garis panduan akhlak Muslim yang kita perlu hayati dan laksanakan dalam kehidupan supaya dapat satu bentuk kehidupan luhur, penuh kedamaian dan kesejahteraan.

1. Menjauhi Perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttaqin, siddiqin, a’bidin dan solehin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, pendengaran, penglihatan dan tindakan. Usaha untuk menghindari perkara-perkara ini amat rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2. Relakan pengurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang Muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah (berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli kelurga yang lain.

4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan kedamaian diri dari kekusutan hidup. Oleh itu, setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama seperti perasaan kasih terhadap diri sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai “ubat jiwa”. Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barang siapa banyak ketawa di dunia dia akan menangis di akhirat dan barang siapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.

Wasiat Imam Syafi'e

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu CEMERLANG di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang2 SOLEH." - Ilmu yg sebenar2nya adalah ilmu yg menDEKATkan kita kpd ALLAH. Tidak kira ilmu akhirat spt tauhid ataupun ilmu dunia spt sains dan matematik krn kedua2 jenis ilmu ini mengajar kita akan keWUJUDan & keKUASAan ALLAH yg tidak terbatas.

Wednesday, 18 April 2007

Tolong Ingatkan Aku

Assalamualaikum sahabatku…
Nak mintak tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kealpaan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dan dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa memberi teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku!

Akhlak Mulia



"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji." "Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."
-AsSyahid Imam Hassan Al-Banna.

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?