Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Monday, 28 May 2007

Masjidil Aqsa diserang Rejim Israel Laknatullah

Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Isra' dan Mi'raj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad SAW (570-632). Berdasarkan pada ayat Al-Quran, Nabi Muhammad SAW melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada "masjid al-haram" ( di Mekah di selatan Arab Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh" (Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammed menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ianya berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. Masjidil Aqsa diserang rejim Israel Laknatullah sekitar jam 12.45 malam waktu Mesir. Beberapa pejuang Islam telah terkorban. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 diatas tanah rampasan daripada umat islam dan kononnya mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi Teknologi dan Perindustrian dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Ayuh sama-sama kita mendoakan kemenangan dan keselamatan pejuang-pejuang dan Ummat Islam yang mempertahankan rumah Allah yang pernah menjadi kiblat kepada Ummat Islam satu ketika dahulu. Moga Allah SWT memberikan yang terbaik buat seluruh Ummat Islam sedunia dan menghancurkan golongan musyrikin dan kuffar seterusnya menjatuhkan kekuatan golongan Freemason,Liberal dan Sekular yang sentiasa mengatur langkah dalam memperkotak-katikkan Ummat Islam sedunia.

Friday, 25 May 2007

Nikmatnya Ramadhan

Ramadhan Madrasah Tarbiyyah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah tiba ke pengakhir awal Ramadhan, Ar-Rahmah. Awal yang penuh kasih sayang. Keindahannya terasa dalam jiwa yang selama ini meronta-ronta. Fasa kedua Ramadhan pastinya kita juga mahu berebut-rebut bersama dengan golongan yang ingin menyucikan diri memohon keampunan Illahi atas segala noda yang telah dilakukan.

Ramadhan sememangnya mendidik jiwa dalam melakukan amal sehinggakan kadangkala berlaku, orang yang tidak pernah bersolat juga akan bersolat dan tidak mustahil mereka juga akan berpuasa penuh. Cuma bezanya, sejauh mana kita menjiwai amalan yang kita lakukan dan keikhlasan dalam melakukan amal dan ibadat seharian kita.

Apa Yang Kita perlu Tahu, Renung dan Amal Untuk Tingkatkan Iman?

1. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.

2. Setiap muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil dari dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisaa :

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا

Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri.

3. Semestinya setiap muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh dari rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari mememasuki api neraka, sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah : Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekaligus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir :

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ

Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.


Sahabat yang dirahmati Allah SWT, sama-sama kita renungkan dan selamat beramal. Moga Ramadhan kali ini memberikan natijah yang terbaik buat kita berbanding dengan Ramadhan yang lepas.

Perbanyakkan amalan, dan sentiasa berdoa untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, pastikan amalan kali ini memberi peluang pada kita untuk ke syurga Yang Maha Penyayang.

Kita semua punya matlamat yang sama untuk mengejar syurga Allah, cuma kadang terlupa atau dibisik nafsu dan syaitan. Dengan itu, moga-moga selepas ini kita akan terus berhati-hati dalam tingkah laku, perbanyakkan amal dan cuba untuk menjiwai tiap amalan agar kita juga tahu cara untuk menjauhi neraka Jahannam.

Wallahu A'lam.

Petikan diambil dari Harakah Daily

Persoalan iman dan amalan yang dilakukan oleh para ahli ibadat, tidak akan meningkat mutunya jika tidak disandarkan kepada kefahaman mendalam mengenai ilmu-ilmu Fardu Ain, malah seseorang itu perlu mengetahui sedalam-dalamnya maksud dan tujuan beribadat kepada Allah SWT, ia tidak lain agar hati-hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan-Nya.

Berikut adalah antara pendekatan agama yang menjadi kemestian untuk diketahui, direnungi dan seterusnya diamalkan sebagai satu cara hidup beribadat kepada Allah :

1. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.

2. Setiap muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil dari dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisaa : Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri.

3. Semestinya setiap muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh dari rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari mememasuki api neraka, sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah : Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekaligus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir : Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.

Faedah yang akan diterima oleh seseorang itu dalam mengamalkan ibadat yang disyariatkan:

1. Jenis ibadat:12 rakaat solat sunnat rawatib (2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepasnya, dua rakaat masing-masing selepas Maghrib dan Isyak). Faedah: Allah SWT membina bagi orang itu mahligai dalam syurga. Dalil: Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang melakukan 12 rakaat solat sunnat rawatib akan dibina baginya sebuah mahligai dalam syurga.

2. Jenis Ibadat:Solat 2 rakaat di waktu malam.
Faedah:
Doa serta hajat akan terkabul dan dosa akan diampun.

Dalil:Nabi s.a.w bersabda : Allah SWT akan turun tiap-tiap malam ke langit dunia dan apabila sampai 1/3 malam Allah berfirman : Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku perkenankan, sesiapa yang memohon kepada-Nya, akan Aku tunaikan dan sesiapa yang memohon keampunan-Ku, pasti Aku ampunkan dosanya.

3. Jenis Ibadat:Solat Dhuha 2 , 4 atau 8 rakaat, setengah jam selepas Syuruk dan setengah jam sebelum Zuhur

Wednesday, 23 May 2007

Adakah Ini Suami Pilihan Anda?

Petikan diamdil daripada Portal Ukhwah

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa

isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung agaknya?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawa dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai>
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
di sisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Monday, 21 May 2007

Taktik Murtadkan Umat Islam

>Mendekati sasaran dengan berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

> Sangat mudah menghulurkan bantuan, termasuk kewangan dalam jumlah tinggi.

> Mempelawa sasaran untuk terbabit sama dalam aktiviti kebajikan yang dianjurkan seperti membantu orang miskin. Biasanya program terbabit dijalankan di rumah ibadat dan selepas selesai tugas diberi upah.

> Selepas menabur wang yang banyak dan penerimanya mula terasa terhutang budi, mereka mula mempertikaikan Islam dengan menggunakan hujah akal dan mengelirukan.

> Apabila berjaya dipengaruhi, umat Islam yang murtad diberi tugas mempengaruhi lebih ramai umat Islam supaya murtad. Antara tugas ialah mengedarkan risalah mengenai agama berkenaan.

> Risalah yang dicetak memaparkan tajuk santai seperti ‘Need A Real Friend?’ (Perlukan Kawan yang Sebenar?) dan memaparkan gambar melambangkan keharmonian.

> Risalah diedar di lokasi tumpuan orang ramai dan turut diselitkan secara haram di dalam buku di perpustakaan institusi pengajian tinggi.

>Mengunakan jejaka kacak untuk menggoda wanita Islam.

> Berpura-pura mahu mendalami Islam.

> Menjanjikan cinta sehingga ‘terlanjur’.


p/s : Sampaikan kepada ahli keluarga dan sahabat handai jika anda sayangkan mereka. ingat lagi posting yang bertajuk Apakah Yang Anda Sibukkan??

Amanat Syeikh Ahmad Yasin


Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata :

“ tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) .

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan .

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadapa kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yangn dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokok-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

“ ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami , wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian ( menyerah ). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian . kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi allah , jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”

“ Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Enkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa , kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan , tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan ( umat ) kami, berpecahnya perpaduan kami , berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami… “

Saturday, 19 May 2007

Bukti Cinta Sejati


Bila hati diserah kepada Allah,
Tiada resah tiada gelisah,
Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah,
Hilang rasa gundah hidup rasa indah...
Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa,
Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...
Pergilah duka, Hapuslah kecewa..
Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba,
Di dunia ini dan di akhirat sana,
Dengan syarat Iman dan Taqwa,
Kukuh disemai dan tersemat di jiwa,
Amal soleh bukti setia,
Seorang hamba kepada Rabbnya..

Thursday, 17 May 2007

Pulanglah...Mak Kesepian di Kampung

"Andainya amalanku selama ini diterima Allah, semua pahala akan kuberikan kepada ibuku." Kalimah ini luahan seorang pendengar yang tersiar di salah sebuah siaran radio tempatan.

Advertisement

Tersentak hati saya yang mengikuti siaran radio pagi itu. Tiba-tiba emosi menjadi celaru. Sedih, sebak dan air mata terus mengalir ditambah dengan dendangan lagu 'Syurga di bawah telapak kaki ibu', dendangan Aisyah.

Saya terlalu sayu apabila terkenangkan mak yang terlalu uzur tinggal di kampung. Mak menjadi 'ibu tunggal' sejak 14 Januari 1977.

Rasa rindu kepada mak semakin membuak bukan kerana Hari Ibu tetapi pertalian antara mak dengan anak perempuan sememangnya rapat. Hanya dipisahkan oleh keterbatasan status isteri.

Bermula hari, bulan dan tahun itu, mak memikul dua tanggungjawab - sebagai seorang ibu dan ayah. Tidak cukup dengan pencen arwah ayah RM500, mak menoreh seluas empat ekar kebun getah dan menjual kerepek ubi serta kacang tanah goreng pedas. Demi anak-anak mak sanggup melakukan apa sahaja.

Ketika bapa meninggal, saya baru berusia sembilan tahun. Masih tidak mengerti kehilangan, yang tahu apabila ada orang datang bagi duit, rasa seronok bukan kepalang sebab boleh beli aiskrim.

Kini mak berusia 75 tahun. Umur yang ada dipinjamkan oleh Allah boleh diambil bila-bila masa. Mak terlalu uzur, mata kabur, makan tidak selera dan kaki tidak kuat untuk berjalan.

Berbalik pada luahan pendengar radio tadi, saya rumuskan, mengapa setelah ibu pendengar itu meninggal dunia baru rasa kesal hendak menjaga ibu.

Menangislah air mata darah, mak yang sudah pergi tidak akan kembali lagi. Peluklah pusaranya, merataplah tapi apakan daya mak pergi menyahut panggilan Ilahi, setelah hati dilukai oleh anak sendiri.

Anak-anak yang dibesarkan tidak mengenal erti pengorbanan. Jasa mak terus dilupakan. Mak dianggap seperti `Quran buruk'.

Ramai anak lelaki mudah lupa daratan apabila sudah beristeri. Mak sudah tidak penting. Mereka lebih mementingkan kehendak isteri daripada keperluan seorang mak.

Tinggallah mak menanggung rindu keseorangan di kampung. Kesepian. Mengharapkan kunjungan anak-anak. Setiap detik dan hari, mak menghitung hari, mengharapkan anak kembali.

Mak terus dihukum menanggung kerinduan. Anak yang dirindu tidak kunjung tiba. Puas dihubungi namum jawapan si anak, "ah! sibuk tidak ada masa. Anak-anak sekolah."

Wajarkah mak dihukum begini? Apakah hak seorang anak untuk menghukum mak? Anak yang pernah duduk dalam rahim mak dalam tempoh tujuh hingga sembilan bulan, sanggup menghukum mak?

Mak sanggup menanggung risiko melahirkan anak. Mak sanggup telan segala keperitan, kesusahan untuk membesarkan anak-anak.

Mak pernah memimpin tangan anak, ketika anak bertatih...mak pernah membasuh punggung anak ketika masih kecil. Mak menyuapkan bubur, memandikan anak, memakaikan baju supaya anak kelihatan cantik dan wangi.

Kini, tiba giliran mak untuk dipimpin, dimandikan, disuapkan bubur, dipakaikan baju, dibedakkan. Jika si anak mampu melakukan begini, itupun belum terbalas jasa mak.

Mak boleh buat apa sahaja untuk membahagiakan anak. Mak boleh menjadi hakim, pelakon, penyanyi, tukang masak, tukang cuci dan segala-galanya. Tapi, apakah anak boleh menjadi seperti mak?

Apakah anak boleh menjadi hakim untuk mengadili kesalahan anak menantu? Apakah anak boleh menjadi pelakon untuk membahagiakan mak? Apakah anak boleh menjadi tukang cuci pakaian mak?

Anak, pulanglah menjenguk mak walau seminit sebelum terlewat. Anak, pulanglah...jauh di sudut hati mak tersimpan perasaan rindu yang teramat rindu terhadap si anak. Pulanglah...

Wednesday, 16 May 2007

Apakah Yang Anda Sibukkan?

"Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu saya siapkan".

Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan. ...lebih- lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?


Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?


Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".

Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaiman a pula yang kita harapkan. Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"


Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata. Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)

"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah dengar...kembalikan lah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang yakin"

Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana tipu dayanya terlalu halus.

Sedih... Mufti Dihina Lagi..

Tidak ada bezanya Umno Perak dengan parti Gerakan Wilayah Persekutuan, Gerakan minta Mufti Perak dipecat manakala Umno Perak pula menghina Mufti dengan membenarkan program`Jom Heboh’ diadakan di bandaraya Ipoh 5 Mei lalu.

`Jom Heboh’ dahulunya dikenali sebagai `Sure Heboh’ telah difatwakan sebagai haram oleh Mufti tetapi fatwa itu tidak diendahkan kerajaan, sebaliknya `jom heboh’ terus `dijaja’ dan direstui oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Sebenarnya orang bukan Islam termasuk parti politik bukan Islam begitu berani menghina Islam dan institusi Mufti, seperti yang dilakukan Gerakan Wilayah Persekutuan baru-baru ini kerana mereka mendapat ’perangsang’ daripada Umno dan pemimpin-pemimpin mereka yang tidak menghormati lagi institusi tersebut, katanya.

“Bagaimana hendak kita letakkan kepercayaan kepada Umno untuk membela Islam sedangkan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam, lantas institusi Mufti dihina apabila fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti tidak langsung dihormati dan dipatuhi,” tegasnya.

Umat Islam seharusnya sedar dengan `sandiwara’ Umno yang ingin membela Islam tetapi hakikatnya Umno sendiri yasng berbuat demikian dengan membenarkan segala bentuk kemaksiatan bermaharajalela di negara ini, katanya.

“Rakyat negara ini khususnya orang-orang Melayu Islam mesti berani membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 nanti dengan tidak memilih BN dan Umno berkuasa lagi di negara ini kerana jika ini yang terjadi Islam akan terus `dilanyak semahu-mahunya’

Tuesday, 15 May 2007

Detik-Detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.


Wednesday, 9 May 2007

Petua Mencantikkan Wajah

Repost From: Akhi Edoi

Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.


Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidak jemu memandangnya.

Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu. Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.

Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.

Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agama yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya. Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.

Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini. Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.

Kedatang pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya..

“Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.

Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”

Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”

Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”

Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”

Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…

Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah….

Tuesday, 8 May 2007

Ubat Untuk Syaitan


Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya, namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU. Namun kita sebagai umat islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka yg dilaknat.



Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat di masjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.

Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan, kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat, mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu,
jgn la kencing berdiri...

Monday, 7 May 2007

Wawancara Bersama Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

PENDEDAHAN Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati 886 daripada 887 remaja perempuan mengakui pernah melakukan hubungan seks ketika di sekolah menengah yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris pada awal Mac lalu begitu memeranjatkan semua pihak.

Malah tambah menjengkelkan apabila terbaca sebuah laman web yang menyediakan ruang pengakuan mereka yang pernah melakukan persetubuhan haram. Boleh dikatakan hampir keseluruhannya adalah anak Melayu yang sudah hilang rasa malu dan dengan bangga mengatakan perbuatan tidak berakhlak itu dibuat pada usia remaja.

Wartawan ZUARIDA MOHYIN menemu bual pakar motivasi yang tidak asing lagi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah untuk berkongsi pengalaman beliau yang telah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam pelbagai bidang dari komunikasi, keusahawanan hinggalah kepada kemahiran keibubapaan untuk mengupas isu ini.

MEGA: Faktor keruntuhan akhlak semakin serius sedangkan pada masa yang sama banyak dibuat penganjuran seminar, bengkel, buku dan kursus praperkahwinan berkaitan kemahiran keibubapaan serta pendidikan anak-anak. Namun, masalah keruntuhan akhlak umat Islam semakin menjadi-jadi. Kenapa?

DR. FADZILAH: Kalau kita lihat senario yang sebaliknya iaitu ibu bapa zaman dahulu tidak ada seminar, kursus, ilmu, bahan penulisan tentang keibubapaan tetapi kenapa anak-anak menjadi? Hakikatnya kita tidak boleh bandingkan senario dahulu dengan sekarang.
Jawapannya, ibu bapa dahulu walaupun jahil tetapi anak-anak mereka menjadi. Ini kerana, dengan ilmu yang sedikit tetapi mereka amalkan dengan istiqamah dan berkeyakinan. Kedua, mereka membentuk satu suasana rumah tangga yang menyebabkan anak-anak mudah terpanggil untuk menjadi baik.
Contohnya, ibu bapa zaman dahulu selepas Maghrib mereka kebiasaannya mengamalkan bacaan al-Quran. Jika dibandingkan dengan suasana sekarang, masing-masing sibuk ditambah pula televisyen menyiarkan pelbagai program sehingga mudah terleka.
Berbalik kepada persoalan asal, kenapa dengan ilmu yang ada tetapi kita masih tidak seimbang antara pendekatan ilmu dengan senario semasa?
Pertama, kita banyak ilmu tetapi tidak diamalkan. Kedua, ada sedikit amalan tetapi tidak istiqamah dan ketiga, ada ilmu, ada amalan sedikit tetapi tidak seimbang.
Dalam satu kajian, saya dapati daripada 80 peratus ibu bapa yang pernah merotan anak, hanya satu hingga dua peratus sahaja merotan anak kerana tidak sembahyang. Sebenarnya, dengan kita menjaga solat, ia akan mencegah daripada melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.
Seperkara lagi, ibu bapa mendidik kita dengan keras dan garang, sesuai dengan zamannya. Jadi pada zaman sekarang, kaedah ini tidak bersesuaian kerana Nabi berpesan agar didik anak ikut zamannya.
Pada zaman dahulu, kanak-kanak lebih lasak kerana persekitaran semula jadi sebegitu. Namun, budak-budak sekarang berbeza mereka tidak selasak seperti dahulu, oleh itu kalau kita berkeras ia tidak sesuai.
Kata Nabi lagi, didik anak dari umur satu hingga tujuh tahun dengan penuh kasih sayang dan gurau. Pada usia lapan hingga 14 tahun, didik anak dengan cara disiplin, tunjuk ajar dan demonstrasikan ia. Ini bererti, ibu bapa kena didik anak dengan memberi contoh teladan.
Ia juga sejajar dengan peribahasa Cina, ‘Apa yang saya dengar saya lupa, apa yang saya lihat saya ingat, apa yang saya bikin, saya faham dan saya ingat sampai bila-bila’.


Jelas di sini, faktor contoh teladan daripada ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak.
Kita selalu mendengar saranan agar ibu bapa menjadi kawan kepada anak-anak. Bagaimana konsep yang nampak mudah ini dapat dipraktikkan?


DR. FADZILAH: Itu sebabnya Nabi berpesan apabila anak berusia 15 hingga 21 tahun, kena didik anak macam kawan. Konsep ini dipersetujui oleh pakar psikologi.
Pada usia ini mereka tidak boleh dimarahi, apa lagi dipukul. Apa yang lebih sesuai, kita memberi teguran berhikmah dan pujuk dengan sayang.
Ini berkemungkinan juga disebabkan ibu bapa tidak ada skrip (contoh didikan yang lekat dalam kepala) bagaimana menjadi kawan kepada anak-anak kerana ibu bapa dahulu tidak dididik secara sedemikian.
Jadi sebaik-baiknya kita padamkan skrip-skrip lama (contoh didikan daripada ibu bapa kita ke atas kita dahulu) dan gunakan skrip baru.
Untuk menjadi kawan kepada anak-anak, ibu bapa kenalah mengingati balik bahawa anak-anak zaman sekarang banyak terdedah kepada perkara-perkara yang ibu bapa sendiri jahil.
Satu caranya ialah kita kena ‘mendengar’ mereka. Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah bermaksud: "Bila kamu ada anak kecil, kamu kena menjadi anak kecil kepada anak itu."


Satu lagi dalam konteks berkawan dengan anak-anak ini ialah Nabi kata jangan sampai ibu bapa derhaka kepada anak-anak. Kebiasaan yang kita dengar anak derhaka, suami atau isteri derhaka. Ibu bapa derhaka pertama kerana salah memilih suami atau isteri dan kedua, tidak didik anak seperti sewajarnya.

Acap kali menjelang cuti persekolahan, pelbagai program cuti sekolah dianjurkan. Menerusi program ini barulah diketahui peratusan remaja Islam yang masih belum menguasai ilmu agama yang asas masih tinggi. Jika fenomena ini terus berlaku apakah nasib mereka ini dan umat Islam di masa hadapan?

DR. FADZILAH: Ya, ini satu perkara serius dan fenomena sebegini saya akui bukan sahaja berlaku dalam program cuti sekolah tetapi lebih menyedihkan apabila respons yang saya peroleh daripada pengendali kursus praperkahwinan bahawa masih ramai bakal-bakal pengantin yang tidak tahu mengucap, sembahyang dan mandi junub.
Saya terkenang kata-kata Pak Hamka, "Masa depan sesuatu bangsa itu, bergantung kepada remajanya sekarang." Maka masa depan remaja Islam dan bangsa Islam kita akan hancur kalaulah remajanya berkeadaan begini. Pun begitu, jangan patah semangat dan berputus asa.
Langkah drastik yang boleh dilakukan ialah ingat sabda Rasulullah: Tidak beriman seseorang apabila dia tidur dalam nyenyak tetapi jirannya dalam keadaan lapar dan miskin. Lapar dan miskin di sini, saya luaskan bukan kepada makan dan minum tetapi terhadap ilmu, akhlak dan agama. Jika keadaan kita sempurna tetapi jiran kita sebaliknya, itu menandakan kita masih terhutang. Jadi kalau kita tidak terpanggil, maka kita berdosa.
Kedua, saya pinjam kata-kata Nabi Isa: "Oh Allah, aku berjaya bila semua jiran-jiran ku sama-sama berjaya, tetapi selagi ramai di sekitar ku masih gagal, aku masih gagal." Jika para ibu bapa di Malaysia terasa terpanggil dengan ungkapan Nabi Isa itu, saya rasa masalah kita masih ada harapan untuk pulih.
Janganlah kita bersikap mementingkan diri dan keluarga kita semata-mata. Kita kena menjadikan pelbagai masalah sosial ini sebagai satu darurat. Ini bermakna masukkan dalam khutbah, doa dan lakukan sembahyang hajat. Apa pun yang kita buat semuanya tidak berkesan tanpa bantuan Allah.


Bagaimana ini boleh dipraktikkan sedangkan sikap individualistik semakin menebal dalam masyarakat Islam sekarang?

DR. FADZILAH: Memang ia sesuatu perkara yang susah tetapi saya selalu berpesan supaya jangan mengadu apa yang kita tidak boleh buat. Marilah kita lakukan apa yang boleh tetapi masih belum buat.
Contohnya, menjaga terlebih dahulu keluarga kita mudah-mudahan kita menjadi penyebab orang lain berubah.
Dalam satu lagi kajian saya, saya mendapati lebih kurang tiga peratus jiran yang mendoakan jirannya. Hakikatnya, Nabi kata doa jiran kepada jirannya makbul selagi mana ia tidak dihebahkan kepada orang.
Jadi gunakanlah ia dan ini satu sumber yang besar. Tidak ramai yang tahu kelebihan orang yang mendoakan jiran. Allah mengutuskan malaikat untuk mengaminkan doa mereka yang mendoakan jirannya. Kalau semua orang Malaysia terpanggil melakukan sebegini, saya yakin banyak masalah boleh diselesaikan.
Di samping itu, terdapat beberapa ramuan atau cara bagaimana untuk membantu agar kita sama-sama hebat iaitu; Mendoakan, memaafkan, membantu, menceriakan dan ikhlas dengan jiran. Jika formula ini dilakukan, insya-Allah kehebatan itu terserlah.


Jika ibu bapa sudah lakukan yang terbaik tetapi masih tidak berjaya, adakah ini dikatakan ujian Tuhan?

DR. FADZILAH: Memang benar! Anak Nabi Nuh pun tidak beriman tetapi jangan kita ambil perkara-perkara yang menjadi pengecualian atau yang bukan norma.
Kebiasaannya, apabila ibu bapa baik insya-Allah anak-anak juga baik. Rumah tangga bahagia, anak-anak juga berdisiplin, rasa selesa dan selamat. Tidak banyak kes di mana ibu bapa baik tetapi anak-anak bermasalah.
Akhir zaman ini, kita mengambil semua orang sebagai orang awam, bukannya malaikat, wali atau nabi. Maksud orang awam ialah orang biasa yang Allah uji dengan cara biasa.
Jadi kalau adalah orang yang memberi didikan anak dengan baik dan sempurna tetapi anaknya masih tidak berperangai seperti orang, jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri. Ini kerana Nabi sudah berpesan: "Buat baik kepada orang tuamu agar anak berbuat baik kepadamu."
Pertama, mungkin ibu bapa yang hebat ini bermasalah dengan ibu bapanya. Kedua, kadang-kadang kita merasakan kita sudah sempurna tetapi sebenarnya banyak lagi yang kita belum lakukan.

Friday, 4 May 2007

Sudahkah Anda Menunaikan Solat?

REPOST FROM: KAKTEH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia takde zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),
"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.

" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila
dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar,walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..
lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya,
pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan
menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..
lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah
minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum
air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi
menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg
meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,
lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat,
sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah
dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka
makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan
akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi,
dsb..
anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan
yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2
gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..
tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita
ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti
canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg
tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia..
gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2
yg baik. beware apa yg kita makan... betapa
beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan
solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj,
sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui
Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan
dan peliharalah org2 yg lemah di bawah
tanggunganmu."

jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi
zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan
yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

Thursday, 3 May 2007

RENUNGAN DIKALA BORING-BORING

4 JENIS SABAR
1-Sabar menghadapi bala' dunia (musibah).
2-Sabar menghadapi keinginan hawa nafsu.
3-Sabar mentaati Allah.
4-Sabar mengajak manusia ke jalan Allah (berdakwah).

4 CIRI - CIRI PEREMPUAN AHLI NERAKA
Dalam kitab Muhimmah ada disebutkan hadis Nabi SAW mengenai 4 ciri perempuan ahli neraka.

1-Perempuan yang bermulut jahat kepada suami. Jika suami tiada dirumah , maruah dirinya tidak dijaga. Dan jika suami ada dia suka sakiti hati suaminya dengan kata- kata.
2-Perempuan yang menuntut sesuatu di luar kemampuan suami.

3-Perempuan yang tidak memelihara auratnya di depan lelaki lelaki asing ) dan suka keluar rumah memakai perhiasan untuk kelihatan lebih cantik.
4-Perempuan yang kerjanaya hanaya makan tidur , tidak mengerjakan sembahyang dan tidak taat pada Allah , Rasul serta suaminya.

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
1-Syirik dalam beribadah kepada Allah SWT.
2-Bertawasul kepada makhluk yg tidak niat kepada Allah
3-Mengkafirkan orang yang telah nyata keislamannya.
4-Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa idealogi di dunia ini lebih baik dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
5-Membenci apa yang dikatakan sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w.
6-Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.
7-Menilik nasib dan bermain sihir.
8-Membantu orang kafir dalam menentang Islam.
9-Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi kesalahan kerana semua agama adalah sama.
10-Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.

15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA'
1-Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
2-Amanat dianggap ghanimah.(keuntungan)
3-Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan.
4-Suami tunduk pada isteri.
5-Derhaka terhadap ibu.
6-Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran.
7-Membenci ayah.
8-Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
9-Membuat bising di dalam masjid.
10-Orang disanjung kerana kejahatannya.
11-Minum arak berleluasa.
12-Semakin ramai lelaki memakai sutera.
13-Wanita menari di khalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa.
14-Pemain muzik merata - rata.
15-Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu.

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?