Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Thursday, 17 May 2007

Pulanglah...Mak Kesepian di Kampung

"Andainya amalanku selama ini diterima Allah, semua pahala akan kuberikan kepada ibuku." Kalimah ini luahan seorang pendengar yang tersiar di salah sebuah siaran radio tempatan.

Advertisement

Tersentak hati saya yang mengikuti siaran radio pagi itu. Tiba-tiba emosi menjadi celaru. Sedih, sebak dan air mata terus mengalir ditambah dengan dendangan lagu 'Syurga di bawah telapak kaki ibu', dendangan Aisyah.

Saya terlalu sayu apabila terkenangkan mak yang terlalu uzur tinggal di kampung. Mak menjadi 'ibu tunggal' sejak 14 Januari 1977.

Rasa rindu kepada mak semakin membuak bukan kerana Hari Ibu tetapi pertalian antara mak dengan anak perempuan sememangnya rapat. Hanya dipisahkan oleh keterbatasan status isteri.

Bermula hari, bulan dan tahun itu, mak memikul dua tanggungjawab - sebagai seorang ibu dan ayah. Tidak cukup dengan pencen arwah ayah RM500, mak menoreh seluas empat ekar kebun getah dan menjual kerepek ubi serta kacang tanah goreng pedas. Demi anak-anak mak sanggup melakukan apa sahaja.

Ketika bapa meninggal, saya baru berusia sembilan tahun. Masih tidak mengerti kehilangan, yang tahu apabila ada orang datang bagi duit, rasa seronok bukan kepalang sebab boleh beli aiskrim.

Kini mak berusia 75 tahun. Umur yang ada dipinjamkan oleh Allah boleh diambil bila-bila masa. Mak terlalu uzur, mata kabur, makan tidak selera dan kaki tidak kuat untuk berjalan.

Berbalik pada luahan pendengar radio tadi, saya rumuskan, mengapa setelah ibu pendengar itu meninggal dunia baru rasa kesal hendak menjaga ibu.

Menangislah air mata darah, mak yang sudah pergi tidak akan kembali lagi. Peluklah pusaranya, merataplah tapi apakan daya mak pergi menyahut panggilan Ilahi, setelah hati dilukai oleh anak sendiri.

Anak-anak yang dibesarkan tidak mengenal erti pengorbanan. Jasa mak terus dilupakan. Mak dianggap seperti `Quran buruk'.

Ramai anak lelaki mudah lupa daratan apabila sudah beristeri. Mak sudah tidak penting. Mereka lebih mementingkan kehendak isteri daripada keperluan seorang mak.

Tinggallah mak menanggung rindu keseorangan di kampung. Kesepian. Mengharapkan kunjungan anak-anak. Setiap detik dan hari, mak menghitung hari, mengharapkan anak kembali.

Mak terus dihukum menanggung kerinduan. Anak yang dirindu tidak kunjung tiba. Puas dihubungi namum jawapan si anak, "ah! sibuk tidak ada masa. Anak-anak sekolah."

Wajarkah mak dihukum begini? Apakah hak seorang anak untuk menghukum mak? Anak yang pernah duduk dalam rahim mak dalam tempoh tujuh hingga sembilan bulan, sanggup menghukum mak?

Mak sanggup menanggung risiko melahirkan anak. Mak sanggup telan segala keperitan, kesusahan untuk membesarkan anak-anak.

Mak pernah memimpin tangan anak, ketika anak bertatih...mak pernah membasuh punggung anak ketika masih kecil. Mak menyuapkan bubur, memandikan anak, memakaikan baju supaya anak kelihatan cantik dan wangi.

Kini, tiba giliran mak untuk dipimpin, dimandikan, disuapkan bubur, dipakaikan baju, dibedakkan. Jika si anak mampu melakukan begini, itupun belum terbalas jasa mak.

Mak boleh buat apa sahaja untuk membahagiakan anak. Mak boleh menjadi hakim, pelakon, penyanyi, tukang masak, tukang cuci dan segala-galanya. Tapi, apakah anak boleh menjadi seperti mak?

Apakah anak boleh menjadi hakim untuk mengadili kesalahan anak menantu? Apakah anak boleh menjadi pelakon untuk membahagiakan mak? Apakah anak boleh menjadi tukang cuci pakaian mak?

Anak, pulanglah menjenguk mak walau seminit sebelum terlewat. Anak, pulanglah...jauh di sudut hati mak tersimpan perasaan rindu yang teramat rindu terhadap si anak. Pulanglah...

No comments:

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?