Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Monday, 4 June 2007

Remaja Kini :Gejala Sosial,Sebab dan Penyelesaiannya.

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari demi hari,dunia semakin bergoncang dek kerenah manusia yang bertopengkan syaitan. Manusia hari ini seolah tidak punyai akal dan fikiran. Terpaksa saya karangkan artikel ini setelah beberapa kali membaca, dan terbaca beberapa petikan berita yang terpampang di akhbar harian.

Remaja Islam di Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu khususnya, semakin tidak ambil endah hak dan hukum Islam. Apakah layak kita ini hidup di muka bumi Allah SWT dan bergelar remaja Muslim andai kita sering melakukan maksiat?

Nah, lihat saja beberapa paparan akhbar hari ini :

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070604114759/Article/indexm_html

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070604111910/Article/indexm_html

Beberapa tahun sebelum ini, remaja sering dikaitkan dengan dadah,kemudian gejala berkumpulan seperti punk, skin head dan sebagainya. Kemudian muncul pula rempit, minah scooter. Masalah bersekedudukan bersama pasangan sudah menjadi trend terkini yang membutakan fikiran remaja. Patutkah kita hanya membiarkan saja sahabat atau ahli keluarga kita termasuk dalam golongan-golongan tersebut?




Seiring dengan gejala yang tidak sihat ini, ibu bapa sering dipersalahkan. Tidak pernahkah kita terfikir dimana tanggungjawab kita sebagai seorang anak? Secara tidak langsung, sememangnya ibubapa harus memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan mentarbiyyah anak mereka. Malah lebih besar tanggungjawab pucuk pimpinan kerajaan yang sepatutnya meletakkan hukum Islam itu sebagai undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.

Tidak boleh dinafikan lagi, setiap antara manusia punyai peranan masing-masing dalam membentuk syakhsiah diri. Apakah sebab-sebab yang menyebabkan golongan remaja terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial dan menuju lembah maksiat ini? jawapannya sudah tentulah kerana semuanya memandang enteng terhadap didikan agama.

Memandang didikan agama sebagai perkara yang enteng atau mudah menyebabkan ramai remaja dan wanita begitu mudah terjebak dengan aktiviti haram seperti pengguguran haram atau berzina.

Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa (IMWU), Dr Robiah Hamzah, berkata kebanyakan mereka menganggap didikan agama tanggungjawab ibu bapa dan bukan diri sendiri.Katanya, ia alasan yang paling tidak masuk akal didengar kerana setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana agama hak individu.“Jika mereka boleh mencari ilmu sehingga ke peringkat menara gading dan memastikan diri mendapat pekerjaan yang terbaik serta gaji yang memuaskan, kenapa mereka tidak boleh membuat perkara yang sama terhadap didikan agama.

“Mereka patut sedar, selepas peringkat akil baligh atau dewasa mereka boleh mencari sendiri arah dan didikan agama yang mereka perlukan tetapi sebaliknya mengenepikannya,” katanya.Dr Robiah berkata, pendekatan yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan remaja atau wanita tersebut tidak melakukan perbuatan yang lebih teruk lagi akibat terdesak.

Moga kita semua diberikan taufik dan hidayah dari Allah SWT dalam meneruskan kehidupan kita seharian .

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.” Justeru, malu seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada Allah. Fikir-fikirkan..

Sunday, 3 June 2007

Kepelikan Mini: Jemaah2 Baru Di Malaysia

Inilah senarai beberapa jemaah dan kumpulan 'ISLAM' baru yang berjaya ditemui di Malaysia sejak Mac 2007. Dipercayai kumpulan-kumpulan ini cuba untuk meniru nama beberapa kumpulan yang sudah ada sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia bagi meraih simpati dan menambah ahli.

Keahlian mereka semakin hari semakin bertambah dan menurut kata-kata professor Pedang-Padang-Jawa, kehadiran mereka banyak menggugat kestabilan fahaman agama di negara kita. Berikut diberikan hanya keterangan ringkas mengenai setiap kumpulan tesabit. InsyaAllah, pihak The Sharpest Sword akan terus berusaha membongkar lagi kegiatan-kegiatan hipokrit seperti ini, sesuai dengan tema kami "Slashing Through Hipocrisy".

1.Jemaah IK-WAN (Jemaah Ikut Kawan)
2. Jemaah TAKBLEY (Jemaah Tak boleh)
3.Jemaah Ahlus Salah Wal Susah (ASWS) (Jemaah Semua Salah dan Semua Susah)
4. Jemaah Selaspie (Jemaah Sell Islam as easy as a pie)
5. Kumpulan RUMPAQAN COORPERATION (Kumpulan perniagaan)
6.Hizbut TAKRETI (Tentera tak reti-reti)


http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/59

Saturday, 2 June 2007

Remaja Kini :10 Kelalaian VS 10 Amal Kebajikan


Bismillahirrahmaniirahim,

Ingin saya berkongsi sedikit sebanyak untuk sama-sama kita bermuhasabah bagi memantapkan lagi syakhsiah dalam diri kita semua.

Dunia kini semakin rancak dalam berlumba-lumba mengejar arus kemodenan dan teknologi. Malah membuatkan kita semakin alpa dan lalai dalam menunaikan kewajipan kita selaku remaja Muslim. Seharusnya kita adalah golongan yang bertindak sebagi benteng agama dan negara.




Namun, apa yang berlaku kini golongan muda dan remaja semakin leka dalam membentuk keperibadian diri sendiri sehinggakan ada yang sanggup bergelumang di dalam lembah kemaksiatan seterusnya bongkak dan berdabik dada seolah-olah dunia ini kepunyaan mereka selama-lamanya.

Apakah yang lebih kita suka dan apakah yang kita lupa :-

  1. Remaja kini lebih suka membuang masa dengan menonton siaran hiburan VS menonton siaran agama sehinggakan siaran berita pon sudah tidak diendahkan.
  2. Remaja kini lebih suka membaca majalah hiburan VS membacaAl-Quran walaupun sekurang-kurangnya satu mukasurat sehari.
  3. Remaja kini lebih suka melepak di pusat beli-belah,pusat hiburan,taman-taman rekreasi VS pergi ke perpustakaan,atau berbicara mengenai hal-hal agama dan isu semasa sampai solat pon tak tentu hala.
  4. Remaja kini lebih suka membuang waktu siang dan malam mereka dengan pakwe/makwe VS keluarga dirumah, homework pon malas nak buat. Zikir dan doa apatah lagi.
  5. Remaja kini lebih suka ambil tahu tentang artis, realiti TV hari-hari uptodate VS pengetahuan mereka tentang nasib saudara Islam mereka di Palestin, Iraq dan lain-lain. Dalam negara sendiri pon tak tahu.
  6. Remaja kini lebih suka mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari mulut,mencarut dan seumpama dengannya VS Zikrullah dan kata-kata yang memuji Allah. Sehari sekali pon takkan tak boleh.
  7. Remaja kini lebih suka diberikan pujian atas maksiat yang dilakukan VS dimarah oleh ibubapa sebab lewat menunaikan solat.
  8. Remaja kini lebih suka bergayut ditelefon sehingga jam 3-4 pagi VS tidur sekurang-kurangnya boleh bertahajud sebulan sekali. Setahun sekali pon tak pernah? Masya Allah.
  9. Remaja kini lebih suka menggunakan internet untuk mencari kenalan, berbual kosong dan untuk diajak keluar VS berbincang secara ilmiah, tambah ilmu dan mengetahui masalah rakan. Padahal dalam internet ni banyak website untuk tambah ilmu.
  10. Remaja kini lebih suka keluar merempit dan berkepit VS tolong ibu beli ikan di pasar atau bersama dengan gerakan Islam.

Ini baru 10 sahabat-sahabat. Banyak lagi yang perlu sama-sama kita muhasabahkan. Moga-moga ianya dapat membantu kita dalam membentuk peribadi kita sebagi Muslim yang sempurna. Amin Ya Robbal 'Alamin.

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?