Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Saturday, 2 June 2007

Remaja Kini :10 Kelalaian VS 10 Amal Kebajikan


Bismillahirrahmaniirahim,

Ingin saya berkongsi sedikit sebanyak untuk sama-sama kita bermuhasabah bagi memantapkan lagi syakhsiah dalam diri kita semua.

Dunia kini semakin rancak dalam berlumba-lumba mengejar arus kemodenan dan teknologi. Malah membuatkan kita semakin alpa dan lalai dalam menunaikan kewajipan kita selaku remaja Muslim. Seharusnya kita adalah golongan yang bertindak sebagi benteng agama dan negara.




Namun, apa yang berlaku kini golongan muda dan remaja semakin leka dalam membentuk keperibadian diri sendiri sehinggakan ada yang sanggup bergelumang di dalam lembah kemaksiatan seterusnya bongkak dan berdabik dada seolah-olah dunia ini kepunyaan mereka selama-lamanya.

Apakah yang lebih kita suka dan apakah yang kita lupa :-

  1. Remaja kini lebih suka membuang masa dengan menonton siaran hiburan VS menonton siaran agama sehinggakan siaran berita pon sudah tidak diendahkan.
  2. Remaja kini lebih suka membaca majalah hiburan VS membacaAl-Quran walaupun sekurang-kurangnya satu mukasurat sehari.
  3. Remaja kini lebih suka melepak di pusat beli-belah,pusat hiburan,taman-taman rekreasi VS pergi ke perpustakaan,atau berbicara mengenai hal-hal agama dan isu semasa sampai solat pon tak tentu hala.
  4. Remaja kini lebih suka membuang waktu siang dan malam mereka dengan pakwe/makwe VS keluarga dirumah, homework pon malas nak buat. Zikir dan doa apatah lagi.
  5. Remaja kini lebih suka ambil tahu tentang artis, realiti TV hari-hari uptodate VS pengetahuan mereka tentang nasib saudara Islam mereka di Palestin, Iraq dan lain-lain. Dalam negara sendiri pon tak tahu.
  6. Remaja kini lebih suka mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya keluar dari mulut,mencarut dan seumpama dengannya VS Zikrullah dan kata-kata yang memuji Allah. Sehari sekali pon takkan tak boleh.
  7. Remaja kini lebih suka diberikan pujian atas maksiat yang dilakukan VS dimarah oleh ibubapa sebab lewat menunaikan solat.
  8. Remaja kini lebih suka bergayut ditelefon sehingga jam 3-4 pagi VS tidur sekurang-kurangnya boleh bertahajud sebulan sekali. Setahun sekali pon tak pernah? Masya Allah.
  9. Remaja kini lebih suka menggunakan internet untuk mencari kenalan, berbual kosong dan untuk diajak keluar VS berbincang secara ilmiah, tambah ilmu dan mengetahui masalah rakan. Padahal dalam internet ni banyak website untuk tambah ilmu.
  10. Remaja kini lebih suka keluar merempit dan berkepit VS tolong ibu beli ikan di pasar atau bersama dengan gerakan Islam.

Ini baru 10 sahabat-sahabat. Banyak lagi yang perlu sama-sama kita muhasabahkan. Moga-moga ianya dapat membantu kita dalam membentuk peribadi kita sebagi Muslim yang sempurna. Amin Ya Robbal 'Alamin.

1 comment:

syahidatul said...

Memang betul. Kita yang tahu ni, ada tanggungjawab yang besar utk turun padang dan dakwah pada adik-adik remaja nie...

Ada tak di antara kita yang sanggup cari sendiri adik2 remaja ni dan dekati mereka, selami diri mereka dan membawa mereka ke jalan yang benar?? Didik mereka yg mana yg tak reti solat, yg mana tak reti amik wuduk, yg mana yg dah selalu membuat maksiat macam takde ape? ade ke? kat luar sana punyalah ramai ucap kalimah syahadah pun tak reti.. memang teruk cuma kita je yg banyak tak nampak secara detail realiti sebenar remaja skang nie.. unless kita sendiri tengok dan hadapi budak2 ni dengan sendiri..

Kadang-kadang, yang pendakwah atau ahli da'ie pun ramai yang lepak2 je kat umah, malas2.. dan kalau buat ceramah atau berdakwah pun demand bayaran... well, tak semua benda maksiat yg berlaku adalah salah para remaja tu sahaja... kita juga anggota masyarakat. kita juga ada tanggungjawab yg kita tak laksanakan.. astaghfirullah! (pesan buat diri) banyaknya kerja kita sebenarnya...

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?