Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Monday, 4 June 2007

Remaja Kini :Gejala Sosial,Sebab dan Penyelesaiannya.

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari demi hari,dunia semakin bergoncang dek kerenah manusia yang bertopengkan syaitan. Manusia hari ini seolah tidak punyai akal dan fikiran. Terpaksa saya karangkan artikel ini setelah beberapa kali membaca, dan terbaca beberapa petikan berita yang terpampang di akhbar harian.

Remaja Islam di Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu khususnya, semakin tidak ambil endah hak dan hukum Islam. Apakah layak kita ini hidup di muka bumi Allah SWT dan bergelar remaja Muslim andai kita sering melakukan maksiat?

Nah, lihat saja beberapa paparan akhbar hari ini :

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070604114759/Article/indexm_html

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070604111910/Article/indexm_html

Beberapa tahun sebelum ini, remaja sering dikaitkan dengan dadah,kemudian gejala berkumpulan seperti punk, skin head dan sebagainya. Kemudian muncul pula rempit, minah scooter. Masalah bersekedudukan bersama pasangan sudah menjadi trend terkini yang membutakan fikiran remaja. Patutkah kita hanya membiarkan saja sahabat atau ahli keluarga kita termasuk dalam golongan-golongan tersebut?




Seiring dengan gejala yang tidak sihat ini, ibu bapa sering dipersalahkan. Tidak pernahkah kita terfikir dimana tanggungjawab kita sebagai seorang anak? Secara tidak langsung, sememangnya ibubapa harus memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan mentarbiyyah anak mereka. Malah lebih besar tanggungjawab pucuk pimpinan kerajaan yang sepatutnya meletakkan hukum Islam itu sebagai undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.

Tidak boleh dinafikan lagi, setiap antara manusia punyai peranan masing-masing dalam membentuk syakhsiah diri. Apakah sebab-sebab yang menyebabkan golongan remaja terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial dan menuju lembah maksiat ini? jawapannya sudah tentulah kerana semuanya memandang enteng terhadap didikan agama.

Memandang didikan agama sebagai perkara yang enteng atau mudah menyebabkan ramai remaja dan wanita begitu mudah terjebak dengan aktiviti haram seperti pengguguran haram atau berzina.

Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa (IMWU), Dr Robiah Hamzah, berkata kebanyakan mereka menganggap didikan agama tanggungjawab ibu bapa dan bukan diri sendiri.Katanya, ia alasan yang paling tidak masuk akal didengar kerana setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana agama hak individu.“Jika mereka boleh mencari ilmu sehingga ke peringkat menara gading dan memastikan diri mendapat pekerjaan yang terbaik serta gaji yang memuaskan, kenapa mereka tidak boleh membuat perkara yang sama terhadap didikan agama.

“Mereka patut sedar, selepas peringkat akil baligh atau dewasa mereka boleh mencari sendiri arah dan didikan agama yang mereka perlukan tetapi sebaliknya mengenepikannya,” katanya.Dr Robiah berkata, pendekatan yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan remaja atau wanita tersebut tidak melakukan perbuatan yang lebih teruk lagi akibat terdesak.

Moga kita semua diberikan taufik dan hidayah dari Allah SWT dalam meneruskan kehidupan kita seharian .

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.” Justeru, malu seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada Allah. Fikir-fikirkan..

1 comment:

Ulif Hadiyanto said...

BERITA INI UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA
SURAT INI DATANG DARI SYECH AHMAD (SAUDI ARABIA) SEORANG PENJAGA MAKAM
RASULULLAH SAW. DI MADINAH


Wasiat dari SYECH AHMAD untuk seluruh umat Islam:
Saya bersumpah dengan nama Allah SWT. dan Nabi Muhammad SAW. pada malam hari takkala saya membaca Al Qur’an di makam Rasulullah saya sempat tertidur dan bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Beliau berkata, “Dalam 60.000 orang yang mati/meninggal dunia, diantara bilangan itu tidak seorangpun mati beriman dikarenakan:
1. Seorang istri tidak lagi mendengarkan kata-kata suaminya.
2. Seorang kaya yang tidak berzakat, tidak sholat, tidak puasa, dan tidak menunaikan Ibadah Haji, padahal mereka mampu melaksanakannya. Oleh karena itu pesan ini hendaklah engkau sebarkan kepada semua Umat Islam di dunia agar mentaari semua perintah Allah SWT.”

Demikianlah pesan Rasulullah kepada saya, maka berdasarkan pesan tersebut saya berpesan kepada segenap Umat Islam di dunia agar:
1. Bershalawat kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Jangan bermalas-malasan untuk sholat.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan, serta kalau mampu tunaikan Ibadah Haji.

Perhatian: Barang siapa membaca surat ini maka hendaklah menyalin dan menduplikasikannya untuk disampaikan kepada orang lain yang beriman pada hari kiamat, yang dating tiba-tiba dimana bintang akan terbit, Al-Qur’an akan hilang dan matahari dekat diatas kepala, saat itulah manusia akan panic akibat ulah mereka yang selalu menuruti hawa nafsu. Barang siapa menyebarkan surat ini sebanyak 20 lembar dan disebarkan kepada teman-teman atau masyarakat Islam maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah dua minggu.

Telah terbukti seorang pengusaha di Bandung, setelah membaca surat ini lalu menyalin dan menyebarkannya sebanyak 20 lembar, maka dalam jangka dua minggu kemudian ia mendapat keunggulan yang sangat luar biasa besarnya. Dan sebaliknya orang yang menyepelekannya atau membuangnya, maka ia akan mendapat musibah yang besar, yaitu kehilangan suatu benda yang dicintainya/disayanginya. Perlu diingat: Kalau kita sengaja tidak memberitahukan kepada orang lain, maka tunggulah nasib apa yang akan anda alami dan menyesal apabila mendapat bencana tiba-tiba atau kerugian yang sangat besar. Sebaliknya apabila anda menyalin dan menyebarkan kepada orang lain maka anda akan mendapat keuntungan atau rizqi yang tidak disangka-sangka. Surat ini menjelajahi dan mengelilingi dunia yang pada akhirnya sampai ke tangan anda.

Kejadian-kejadian yang telah tebukti:

MUSTHAFA : Mantan Menteri Nasabah Malaysia dipecat dari jabatannya karena beliau lupa setelah menerima surat ini tidak menyebarkan, kemudian beliau ingat akan surat ini dan menyalinnya 20 lembar serta menyebarkannya dan beberapa hari kemudian beliau dilantik kembali menjadi Menteri Kabinet.
TUAN GOZALI : Mantan Menteri Malaysia yang menerima surat ini dan menyalinnya 20 lembar dan menyebarkannya, beberapa hari kemudian beliau mendapat keuntungan yang luar biasa besarnya.
TUAN ABD.GHOFAR : Mantan Menteri Indonesia beliau lupa tidak menyalinnya dan tidak menyebarkannya surat ini, tidak lama kemudian beliau dipecat dari jabatannya dan tidak lagi digunakan dalam susunan Kabinet Pemerintah.
TUAN ALLBITORE : Presiden Pakistan yang menerima surat ini tetapi tidak menyalin dan menyebarkan sehingga menanggung akibat, yaitu beliau digulingkan dari kedudukannya dan beliau dihukum mati.

Kejadian-kejadian di atas adalah sebagai bukti dan untuk itu saya sarankan agar anda tidak merahasiakannya. Segera menyalin dan menduplikasikannya sebanyak 20 lembar dan menyebarkannya kepada Umat Islam. Tunggu kabar baik dalam waktu dua minggu setelah anda menyebarkan surat ini. Allah SWT meridhoi niat anda semua, marilah bersama-sama kita memohon ampun kepada Allah SWT agar hidup kita senantiasa dalam lindunganNya.


JANGAN MENYEPELEKAN SURAT INI !!!
AMALKAN DAN WASPADALAH

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?