Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Thursday, 13 September 2007

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, kita bertemu lagi kali ini bersama bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita semua. Di bulan yang penuh keberkatan ini, ayuh kita sama-sama memperbanyakkan amalan. Kita beruntung jika mampu memanfaatkan segala peluang yang terbuka ini dengan pelbagai ibadah yang mampu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dari masa yang lalu dan rugilah bagi mereka yang hanya mampu melihat kedatangan Ramadhan tanpa ada di sana usaha yang sepatutnya dilakukan untuk memanfaatkannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abu Hurairah daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. Sama-samalah kita berdoa agar Allah menerima segala ibadat kita terutama puasa kita yang mana ia dijauhkan daripada puasa yang disifatkan oleh Allah dan rasulNya sebagai puasa yang sia-sia dan tidak lebih daripada menahan makan dan minum sahaja sedangkan anggota yang lain tidak turut berpuasa.

Kita juga mengharapkan agar Allah meletakkan diri kita dalam golongan mereka yang terus istiqomah dan tetap dalam melakukan amalan soleh bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi berterusan pada bulan-bulan yang lain. Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya banyak beribadat dalam bulan Ramadhan sahaja tanpa dapat meneruskan amalan yang soleh itu selepas berlalunya Ramadhan.Insya Allah.


No comments:

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?