Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Thursday, 28 February 2008

JOM MELAWAT BLOG NI!!

ASSALAMUALAIKUM WBT,
apa khabar sahabat sahabiyah semua? maaf lama tak buat posting. Al-maklumlah, kuliah baru mula. Cuti tetap cuti, tapi banyak berprogram. Kuliah dah mula pun baru pergi seminggu. Minggu ni tak sempat lagi sebab masih dalam fatrah berpindah rumah ataupun dalam kata lainnya berhijrah ^_`

JOM RAMAI-RAMAI MELAWAT BLOG YANG CUKUP MENARIK NI! IA MERUPAKAN KUMPULAN RAKYAT YANG MENCIPTA GELOMBANG ASPIRASI PEMIKIRAN MEREKA MELALUI BLOG.. JOM!!

www.aspirasirakyat.blogspot.com

Tuesday, 8 January 2008

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Assalamualaikum WBT,

Tergerak hati untuk menulis sedikit sebanyak mengenai doa yang kita amalkan dalam menyambut Maal Hijrah. Ada khilaf pendapat yang mengatakan ianya bid'ah dan ada dikalangan kita yang melakukan tanpa mengetahui dalil dan nas yang mensyariatkan perbuatan tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.

Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara' maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. amalan yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu berpuasa. Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas".

Namun tidak kita lupakan terdapat hadis-hadis dhaif yang menceritakan mengenai fadhilat-fadhilat mengenai pelbagai amalan di bulan Muharam. Hadis palsu tidak boleh dijadikan hujah, akan tetapi ianya boleh diamalkan.

Jangan terlalu mudah kita menghukum sesuatu perkara haram, bid'ah dan sesat. Takut-takut kita yang menghukum orang yang berdoa, kita yang rugi. Takut lagi kalau kita berpecah belah sesama Muslim. Perlunya ada sikap berlapang dada (salamatus sodri) demi menjaga hubungan serta sikap saling menghormati pendapat orang lain.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami demi memelihara ke'izzahan Islam agamaMu Ya Robbi. Ya Muqallibal Qulubana, Thabbit Qulubana 'ala Dinika wa Tho'atika Ya Robbal 'Alamien.

Wallahu Ta'ala A'lam.


Link Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun yang biasa kita baca :

http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html



Friday, 4 January 2008

1 Muharam

Assalamualaikum WBT,

Syukur atas limpah kurnia dari Illahi atas segala rahmat dan kasih sayang juga nikmat iman dan Islam yang tiada tolok bandingnya dengan nikmat-nikmat yang lain.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 20 : " (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. "

Pejam celik mata kita tak sangka rupanya kita semua semakin berusia, dunia ini juga semakin berusia. Hanya menunggu masa diri ini pergi dimamah usia untuk berjumpa dengan Yang Maha Esa. Dunia juga satu hari nanti akan hancur musnah bukan kerana dirobek oleh teknologi manusia, tetapi oleh kuasa Allah SWT yang telah menjanjikan hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah SWT, insya Allah kita akan menyambut Awal Muharam pada 9 Januari ini. Sudahkah kita semua bersedia menghadapi masa depan kita nanti? Sudahkah kita tulis matlamat masa depan kita? Bukan hanya sekadar mencari kebahagiaan di dunia, tetapi harus kita serasikan amalan dunia dengan amalan akhirat kita.

Kalau satu ketika dulu hidup kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, apalah kiranya jika kita meletakkan matlamat kita moga tahun baru yang bakal mendatang, kita akan tinggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Moga kita semua berhati-hati dalam setiap amalan yang kita lakukan agar tidak hancur hidup kita di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 31: "Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). "

Bersamalah kita memperbanyakkan lagi amalan kita dari segala aspek. Baik dari sudut pergaulan, kerja seharian kita, muamalat dan sebagainya. Sesungguhnya amal kebajikanlah yang akan menjadi tiket kepada kita untuk meaiki titian sirat Al-Mustaqim menuju ke syurga Illahi.

Dalam Al-Taubah ayat 21-22 : "Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

Sama-sama juga kita menyampaikan kepada saudara dan sahabat handai kita dalam melakukan kebajikan dan melarang melakukan kemungkaran. Firman Allah SWT lagi di dalam surah At-Taubah : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. " kerana menzalimi diri mereka sendiri.

Bagi sahabat-sahabat yang sedang menghadapi fatrah imtihan, sama-sama kita memperbaharui niat kita. Moga-moga apa yang kita pelajari dapat kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Gunakan ilmu yang kita ada sebaiknya. Kalau kita "otai", jadilah otai yang diredhai Allah. Kalau kita "langsi", katakanlah kepada kebenaran sahaja. Kalau kita "kaki pukul", simpanlah tenaga kita untuk kita beramal kepada Allah SWT juga berjihad di jalan Allah SWT.

Sekian, Wassalam.

Thursday, 3 January 2008

Sikap Pemimpin Negara Kita.

Assalamualaikum WBT,

Hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan pengakuan Menteri Kesihatan Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku semalam beliau lelaki dalam DVD seks yang diedarkan di Johor. Yang mengedarkan juga akan dapat dosa kerana menyebarkan aib.

Sesungguhnya perbuatan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi ia juga bertentangan dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Pemimpin negara ini perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik dan sempurna supaya boleh menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat jelata.

Dalam pada itu,adalah tidak wajar bagi seseorang ketua pemimpin untuk menunggu menteri itu meletakkan jawatan. Seharusnya adalah perdana Menteri melucutkan jawatannya dalam kerajaan dan di dalam parti serta merta. Di mana hilangnya nilai murni seorang pemimpin yang seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat.

LABIS: Diberitakan masyarakat Labis masih lagi menyokong dan berharap Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan terus menjadi pemimpin dan calon di sana. Masih ada yang ingin menyokong pemimpin yang berperlakuan seperti ini? Inilah yang dinamakan dunia akhir zaman. Moga Allah SWT memberikan petunjuk dan HidayahNya kepada kita semua.

Ayuh kita semua bersihkan hati kita dari segala maksiat dan kejahatan. Firman Allah dalam surah Al-Maidah : "Janganlah kamu menghampiri zina. " Ingatlah setiap orang kafir balasannya adalah neraka selama-lamanya. Manakala setiap Muslim yang melanggar perintah Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya juga akan merasai azab api neraka. Nauzubillahi Min Zalik.

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?