Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Friday, 4 January 2008

1 Muharam

Assalamualaikum WBT,

Syukur atas limpah kurnia dari Illahi atas segala rahmat dan kasih sayang juga nikmat iman dan Islam yang tiada tolok bandingnya dengan nikmat-nikmat yang lain.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 20 : " (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. "

Pejam celik mata kita tak sangka rupanya kita semua semakin berusia, dunia ini juga semakin berusia. Hanya menunggu masa diri ini pergi dimamah usia untuk berjumpa dengan Yang Maha Esa. Dunia juga satu hari nanti akan hancur musnah bukan kerana dirobek oleh teknologi manusia, tetapi oleh kuasa Allah SWT yang telah menjanjikan hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah SWT, insya Allah kita akan menyambut Awal Muharam pada 9 Januari ini. Sudahkah kita semua bersedia menghadapi masa depan kita nanti? Sudahkah kita tulis matlamat masa depan kita? Bukan hanya sekadar mencari kebahagiaan di dunia, tetapi harus kita serasikan amalan dunia dengan amalan akhirat kita.

Kalau satu ketika dulu hidup kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, apalah kiranya jika kita meletakkan matlamat kita moga tahun baru yang bakal mendatang, kita akan tinggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Moga kita semua berhati-hati dalam setiap amalan yang kita lakukan agar tidak hancur hidup kita di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 31: "Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). "

Bersamalah kita memperbanyakkan lagi amalan kita dari segala aspek. Baik dari sudut pergaulan, kerja seharian kita, muamalat dan sebagainya. Sesungguhnya amal kebajikanlah yang akan menjadi tiket kepada kita untuk meaiki titian sirat Al-Mustaqim menuju ke syurga Illahi.

Dalam Al-Taubah ayat 21-22 : "Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

Sama-sama juga kita menyampaikan kepada saudara dan sahabat handai kita dalam melakukan kebajikan dan melarang melakukan kemungkaran. Firman Allah SWT lagi di dalam surah At-Taubah : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. " kerana menzalimi diri mereka sendiri.

Bagi sahabat-sahabat yang sedang menghadapi fatrah imtihan, sama-sama kita memperbaharui niat kita. Moga-moga apa yang kita pelajari dapat kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Gunakan ilmu yang kita ada sebaiknya. Kalau kita "otai", jadilah otai yang diredhai Allah. Kalau kita "langsi", katakanlah kepada kebenaran sahaja. Kalau kita "kaki pukul", simpanlah tenaga kita untuk kita beramal kepada Allah SWT juga berjihad di jalan Allah SWT.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?