Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Thursday, 12 February 2009

Takutnya Kalau Pemimpin Begini..

Tertarik hati ini untuk menulis mengenai pemimpin tanah tumpah darah diri sendiri. Hari demi hari, tahun demi tahun fikiran ini agak terbuka untuk mendekati arus semasa kepimpinan negara. Bukan hanya sekadar ingin tahu, tetapi perlu untuk didekati kerana ianya melibatkan masa depan anak muda masa kini.

Bukankah sudah biasa kita mendengar ungkapan seorang sasterawan ternama Dr. Hamka " Kalau ingin lihat masa depan negara, lihatlah remaja masa ini. Andai rosak remaja pada waktu ini, maka akan rosaklah masa depan negara itu. "

Akan tetapi apa yang ingin dibawakan penulis pada tinta ini adalah pemimpin negara yang memberikan contoh buruk pada anak muda dan remaja pada masa ini. Adakah kita semua hanya memejamkan mata apabila dengan 'slumber'nya pemimpin sekarang ini melakukan RASUAH, MAKSIAT dan MENCARUT tak tentu hala?

Tidakkah kita membuka mata atau memekakkan telinga apabila pemimpin kita bersikap sedemikian rupa? Siapa mereka? Saya yakin dan pasti sesiapa sahaja yang peka akan masa depan diri, agama dan negara mereka akan tahu siapa dia pemimpin yang saya sifatkan tersebut.

Pada saya, mereka ini belum sedar kerana belum ditimpa azab sepertimana Allah SWT menurunkan azab ke atas kaum nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW yang telah dihancurkan sekelip mata. Mereka dihancurkan bukan sahaja kerana tidak menerima dakwah nabi yang telah diwahyukan oleh Allah, malah mereka juga mencaci dan menghina nabi yang diutuskan Allah SWT.

Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan pemimpin dunia zaman sekarang. Mereka mengketepikan hukum Allah dan kadang-kadang mereka menghina golongan yang ingin menyambung rantai perjuangan rasulullah. Na'uzubillahi min zalik. Moga Allah berikan mereka hidayah dan petunjuk supaya masyarakat di Malaysia tidak terkena tempias atas laknatnya Allah pada mereka.

Salah anak remajakah yang telah dididik dengan pemikiran barat sejak kecil? Salah anak remajakah andai mereka tidak diberikan contoh dan tauladan yang baik oleh pemimpin mereka sendiri? Salahkah anak muda terjerumus ke lembah maksiat sedangkan dataran maksiat semakin banyak disediakan?

Ingatlah sahabatku, didalam Al-Quran telah diberikan panduan buat kita untuk memilih pemimpin. Etika menjadi pemimpin dan sebagainya. Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidup kita agar kita selamat di dunia mahupun akhirat kelak. Wallahu 'Alam.

No comments:

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?