enyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.www.tokpepijat.blogspot.com
Senyum Hari Ini
Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)
SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.
Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.
Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.
“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.
Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.
Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.
Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.
" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"
Arkib Simpanan ::.
-
►
2007
(40)
-
►
May
(16)
- Masjidil Aqsa diserang Rejim Israel Laknatullah
- Nikmatnya Ramadhan
- Petikan diambil dari Harakah DailyPersoalan iman d...
- Adakah Ini Suami Pilihan Anda?
- Taktik Murtadkan Umat Islam
- Amanat Syeikh Ahmad Yasin
- Bukti Cinta Sejati
- Pulanglah...Mak Kesepian di Kampung
- Apakah Yang Anda Sibukkan?
- Sedih... Mufti Dihina Lagi..
- Detik-Detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Ma...
- Petua Mencantikkan Wajah
- Ubat Untuk Syaitan
- Wawancara Bersama Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
-
►
May
(16)





0 comments:
Post a Comment