Oleh Tok Pijat

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.
Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

www.tokpepijat.blogspot.com

Senyum Hari Ini

Dewan Negeri Selangor Lulus Belanjawan Tambahan RM392 juta(Klik)

SHAH ALAM, 9 Nov - Dewan Negeri Selangor hari ini bersetuju meluluskan belajawan tambahan sebanyak RM392 juta apabila Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengutip hutang tertunggak anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada syarikat Talam Corporation.

Pendekatan yang diguna pakai MBI ialah dengan membeli semua hutang milik beberapa anak syarikat kerajaan negeri itu dalam bentuk geran.

Dengan cara ini MBI boleh mengambil alih pengutipan hutang serta pemilikannya iaitu KDEB, UNISEL dan PNSB daripada kumpulan Talam melalui projek pembangunan hartanah sejak 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengutipan hutang tersebut dijangka boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dalam pemantauan Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri mengakui bahawa terdapat penambahan pendapatan negeri di dalam akaun yang disatukan berjumlah RM392 juta, duit RM392 ini adalah hasil daripada hutang-hutang yang dilakukan oleh kumpulan Talam, syarikat-syarikat dalam kumpulan Talam yang mana hutang-hutang ini sudah dipersetujui yang Talam ini sudah berhutang kepada syarikat-syarikat ini dan syarikat-syarikat seperti Kumpulan Darul Ehsan, Unisel dan PNSB yang dikumpulkan berjumlah RM392 juta telah diserahkan untuk milikan kerajaan negeri”, kata Tan Sri Khalid.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tan Sri Khalid menambah, Barisan Nasional sebelum ini gagal membuat kutipan hutang beberapa anak syarikat kerajaan negeri dengan baik sebaliknya mereka menyalahgunakan pendapatan anak syarikat untuk perbelanjaan Balkis dan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun katanya usaha berterusan Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan hutang-hutang lapuk kerajaan negeri dapat disegerakan kutipannya apabila penstrukturan semula kewangan anak-anak syarikatnya dapat dilakukan.


" IKUTI VIDEO PILIHAN MINGGU INI"

P/S: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Polis hanya menerima arahan. Daripada SIAPA arahan tersebut?

Saturday, 21 March 2009

Nak Tegur ke Tak Nak?


"Kenapa la kau nak kecoh sangat pasal aku? Aku tau jaga diri aku la. Aku tak kacau kau pun dah cukup baik!"

"Panas jugak kena sound tepek camni!"

Biasa la tu kalau nak buat benda baik memang orang tak suka. lagi pula orang yang tahu diri yang serba kekurangan ini memang pernah lakukan perkara-perkara yang tak elok. Baru sekarang nak rasa menyesal? tak apa lah. Dengan harapan, sisa hidup yang berbaki digunakan sebaik-baiknya demi mengejar redha Allah SWT.

Teguran dan nasihat. Kalau tak kena pada caranya memang akan ada yang melenting. Lagi pula dunia kita yang dah hampir sampai ke penghujungnya ini. Tak perlu rasa pelik lagi. Bila orang buat maksiat, bintik hitam di hatinya akan semakin bertambah. Agak susah nak terima teguran walaupun dari kawan terdekat. Kadangkala ditempelaknya balik kepada yang menegur.

Ala kulli hal, bagi yang merasakan dirinya bertanggungjawab untuk menegur dan menasihati saudara seagama kita. Teruskanlah usaha dan janganlah berputus asa. Merawat penyakit hati bukanlah mudah. Kalau kena pula pada cara ia takkan jadi susah.

Imam Al-Ghazali pernah menyebut : " bekunya air mata kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan, panjangnya angan-angan kerana cintakan dunia. "


Kenapa perlu kita takut untuk saling menasihati sedangkan ianya adalah salah satu cara untuk membimbing antara satu sama lain. Kalau dibiarkan umat yang telah jauh terpinggir dari agama, akibatnya amat padah. Takut-takut sampai masa mereka langsung tidak lagi mengendahkan suruhan agama malah lebih suka melakukan larangan dan tegahan Allah SWT. Nak ke kita tengok ahli keluarga kita bergelumang dengan dosa? sukakah kita melihat sahabat handai terus menerus melakukan maksiat?

Pedih dan pilu andai kita berupaya melihat dari dunia ini lagi akan seksaan dan azab api neraka. Sakit juga pukulan-pukulan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur. Cintanya kita kepada manusia - tegurlah. Yang pasti kasih sayang kita pada mereka kerana kita cintakan Allah.

jangan lupa, sebaik-baik teguran atau nasihat adalah berdua-duaan atau tidak dihebohkan kesalahan si penerima kepada orang lain. Fudhail bin Iyad berkata : "Orang mukmin menutup aib dan menasihati. Sedang orang jahat membuka aib dan memburuk-burukkan.


Nak Nasihat ke Tak Nak?

Salah sebuah hadis Rasulullah SAW :

Dari Abu Ruqayyah, Tamim bin Aus Ad-Daari RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Agama adalah nasihat.
Kami Bertanya: Untuk siapa?
Beliau menjawab:Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin seluruhnya.
(HR. Muslim)

Agama itu adalah nasihat. Kenapa pula kita takut untuk menegur kesalahan orang lain? Sedangkan teguran dan nasihat itu sendiri berkaitan dengan tugas Amar Maaruf dan Nahi Mungkar segaligus berusaha untuk menjadikan umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat terbaik.

Cukup sekadar ini sahaja. Sama-sama kita renungkan kata daripada Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Moga Allah pelihara hati ini dari melakukan dosa. Jauh dari segala tingkahlaku buruk. Dijauhkan dari azab api neraka.

No comments:

Apakah peranan anda sebagai seorang muslim yang benar-benar cintakan Islam?